Ketika menerangkan mengenai orbit dalam Al-Quran,
iaitu tentang bulan dan matahari dalam Al-Qur’an, ianya ditekankan
bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;
“Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya).”(Surah al-Anbiya; 33)
Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;
“Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui.�”(Surah Yaasin;38)
Fakta yang dikemukakan tentang orbit dalam Al-Quran
ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan
kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan
yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu
orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak
sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan
matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan
sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak
yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah
berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.
Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur’an;
“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan” (Surah az-Dzariyat;7)
Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang
mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari
bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet
ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati
orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya ‘berenang’ melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain.
Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.
Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki
oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi
yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah
ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini
yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.
Orbit dalam Al-Quran, suatu yang pasti, ketika
Al-Qur’an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti
hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan
kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi
yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk
menentukan secara saintifik bahawa ruang langit ‘dipenuhi dengan
lintasan dan orbit’ seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur’an.
Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam
Al-Qur’an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur’an sebenarnya adalah
kalam Tuhan.WALLAHUA’LAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan