Ahad, 31 Mei 2015

Resepi Roti Bun Mudah & Lembut Homemade

 
Bahan-bahan
 
1/2 Cawan Air Suam
1 sudu kecil serbuk yis marzipan
3 sudu besar susu pekat
(Semua bahan di atas dicampurkan didalam satu bekas. Biarkan bahan tersebut berbuih)
 
2 Cawan tepung gandum
1sudu makan butter/majerin
1 sudu the gula (ikut kehendak masing-masing jika nak manis boleh tambah)
(bahan ini digaul dijadikan peroi)
 
 
 
Cara-cara membuatnya
 
 Masukan bahan bancuhan yis tadi ke dalam adunan tepung.
Uli hingga  menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
Perapkan selama 2 jam atau lebih sehingga adunan naik 2 kali ganda.
 
Selepas dua jam, setelah doh naik 2 kali ganda, tumbuk-tumbuk adunan untuk membuang angin di dalam doh.
Uli doh dan bentukkan roti anda. Letakkan ke dalam Loyang.
Boleh dihias mengikut kesukaan masing-masing atau kosong pun ok.
Sapukan kuning telur untuk kesan keemasan di atas roti.
Boleh juga ditaburkan bijan, kismis atau apa saje kesukaan anda.
Rehatkan kali kedua supaya doh naik lagi.
 
Bakar selama 25 minit mengikut oven masing-masing.
 
Makan panas-panas memang sedap
 

Bahan-bahan Resepi Roti Bun

Doh Roti yang telah diuli hendaklah direhatkan untuk dua jam - (5.30 petang)

Selepas 2 jam, Doh roti telah kembang 2 kali ganda (7.30 malam)

Adunan di tumbuk-tumbuk untuk membuang angin di dalam doh

Doh yang direhatkan untuk kali ke-2 sebelum dibakar

Doh yang telah direhatkan untuk kali ke-2 makin naik adunannya.
Roti Bun yang telah siap dibakar
Roti Bun


 

Resepi Roti Kismis Yis Gebu yang mudah dan sedap

Doh di uli dan dipotong. Letakkan inti kesukaan anda. Saya letak Kismis
Doh yang telah digulung. Di rehatkan seketika
Doh selepas direhatkan. Disapu kuning telur. Boleh tabur bijan atau kismis
Roti Kismis siap dibakar gebu gebas.

 
SELAMAT MENCUBA
fuzamusa.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...