Khamis, 14 Mei 2015

Jawatan Kosong 2015 Malaysia : 400,000 Tiada Kerja (Jumlah Pengangguran), 161,000 Adalah Graduan!


Jawatan Kosong 2015 Malaysia : 400,000 Tiada Kerja (Jumlah Pengangguran), 161,000 Adalah Graduan! Sebelum ini, Tun Mahathir pernah menyelar tindakan kerajaan Malaysia yang lebih gemar melakukan dasar untuk jangka masa pendek sahaja termasuklah pemberian BR1M kepada rakyat Malaysia termasuklah golongan muda.

jawatan kosong 2015

Jikalau diberikan pilihan, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu lebih banyak peluang jawatan kosong kepada rakyat Malaysia terutamanya kalangan para graduan Malaysia bukannya memberikan duit secara “one off”


  • Bagi duit BR1M, sekejap sudah habis. Selepas itu?
  • Bagi peluang pekerjaan dan jawatan kosong kepada para graduan amnya dan rakyat Malaysia umumnya, mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa terus bergantung kepada kerajaan Malaysia sepanjang masa.
Semakan Berita Semasa terhadap berita terkini yang dikeluarkan Jabatan Menteri Menteri melalui Datuk Seri Wahid Omar telah membentangkan statistik seperti di bawah ini  :

Statistik Jawatan Kosong 2015 Malaysia : Pengangguran Berjumlah 400,000

  • Untuk tahun 2015 setakat ini, 400,000 sedang menganggur dan tiada jawatan kosong untuk mereka
  • 161,000 daripada adalah kalangan graduan yang mereka selepas 6 bulan tamat pengajian masih terabab peluang kerja dan jawatan kosong sehingga ke hari ini yang mana kebanyakannya berumur antara 20 hingga 24 tahun
Setiap tahun jumlah penganguran dikalangan graduan semakin bertambah dan meningkat. Mereka ini kalagan berkelulusan tinggi, tetapi sayangkan tiada kerja untuk mereka. Sepatutnya kerajaan perlu tetapkan kawalan bagi kursus-kursus tertentu yang sudah ada lambakan di pasaran.
  • Dapat tawaran belajar
  • Diikat hutang berpuluh ribu
  • Tetapi akhirnya tiada kerja untuk mereka
  • Sedangkan kursus yang diambilnya itu sudah ada lambakan di pasaran
  • Stigma asalkan masuk belajar tanpa mengambil peduli peluang kerja untuk mereka pada masa akan datang harus diperbetulkan
Hakikatnya, realitinya hari ini kerja-kerja yang berpadanan dengan taraf graduan universiti memang tidak cukup (dek kerana ekonomi Malaysia tidak memberangsang). Mahu dikatakan mereka ini memilih? Sekarang ini ramai sahaja yang tidak memilih jawatan kosong, ada yang jadi kerani, yang berstatus kontrak pun ada.

Mahu dikatakan tidak berkualiti, ada sahaja yang 1st class degree, english hebat, kemahiran komunikasi boleh tahan, sedia untuk mempertingkat potnesi yang ada dalam diri. Tetapi apakan daya, tidak jumpa lagi jawatan kosong untuk mereka yang bersesuaian tercampaklah mereka-mereka ini di sana dek kerana tidak mahu terlalu memilih kerja. Persoalannya sampai bila?
beritasemasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...