Ramai menantu yang mungkin tidak sejiwa dengan mentua atas alasan
kerana suami jenis anak mak atau disebabkan mentua terlalu cerewet.
Sebenarnya ada banyak cara yang lebih manis untuk anda dekat dengan hati
mentua, malah sekelip mata akan disenangi di kalangan ipar-duai.
Kenapa perlu pilih jalan negatif kalau cara positif dan hasilnya semua
bahagia dalam hubungan kekeluargaan. Jom ikut cara ini...
1. Elak Tanggapan Buruk
Wanita selalu bersangka buruk dengan ibu mertua kerana perasaan takut
tidak dapat menjadi isteri yang baik kepada anaknya. Sebab pemikiran
inilah yang membawa kepada aura negatif. Cuba anda bersangka baik dengan
ibu mertua anda, pasti semua akan baik-baik sahaja.
2. Belajar Kenal Ibu Mertua
Di awal perkahwinan, belajarlah untuk lebih mengenali sikap ibu mertua.
Tanya kepada pasangan, apa yang disukai dan dibenci oleh ibunya.
Ketahui bagaimana mertua anda sebenarnya dan kemudian barulah anda
mengikut rentaknya. Namun anda juga harus lebih sopan dan tertib kala
bersama dengannya.
3. Samakan Dengan Ibu Sendiri
Hormat dan anggaplah ibu mertua anda seperti ibu kandung sendiri.
Layanlah dia dengan sempurna dan hormatilah dia dengan sebaiknya. Allah
sudah menjanjikan pahala dan rahmat jika kita ikhlas dalam memberikan
yang terbaik untuk orang tua.
4. Bertolak Ansur
Hubungan kekeluargaan perlu dilengkapkan dengan sifat tolak ansur yang
bukan sedikit. Biarpun dihimpit waktu dan kerja yang padat, cubalah
memberikan ruang untuk bersama mereka. Bertolak ansur dalam apa jua
permasalahan pasti buat hubungan lebih harmonis.
5. Ambil Hati Ibu
Berusahalah untuk mengambil hati mentua walau payah. Lebih senang,
pulang untuk menjenguk ibu di kampung. Semakin kerap anda meluangkan
masa semakin baik hubungan yang cuba dijalinkan. Mendekatkan ibu mertua
dengan cucu-cucunya sudah pasti buat ibu lebih gembira.
6. Hadiah Sampingan
Tidak hanya ambil hati, anda juga harus bijak mencuri hati kecilnya.
Biarkan hatinya tersentuh dengan pemberian ikhlas anda. Hadiah berupa
barangan kesayangan dan kegemaran ibu mertua pasti buat hatinya gembira
dan lembut. Namun ingat, hati perlu ikhlas.
7. Pekakkan Telinga
Hati orang tua banyak ragamnya. Ada sahaja perkara yang tidak kena pada
matanya. Sebagai menantu, pekakkan sahaja telinga dan usahlah disimpan
dalam hati akan apa jua patah perkataan yang keluar daripadanya. Anggap
sahaja ia positif dan relaks kan jiwa dan minda.
8. Kurangkan Lawatan
Jika keadaan anda dan ibu mertua kurang baik, ada baiknya mengurangkan
sesi lawatan ke rumahnya. Cukup hanya sebulan atau dua bulan sekali. Itu
pastinya lebih baik buat anda.
9. Jadikan Kawan
Ibu mertua yang cerewet tidak kena pada gayanya memang buat sakit hati.
Ubah angin dan rentak hubungan anda dengan menjadikan ibu mertua
seperti kawan. Berkongsilah apa sahaja dengannya asalkan tidak melampaui
batas. Cubalah berinteraksi secara baik. Ajaklah dia keluar membeli
belah atau makan bersama tanpa suami. Its girl time! Hebat bukan?
10. Bercuti Bersama
Sesekali ajaklah ibu mertua untuk turut bercuti bersama anda
sekeluarga. Tidak salah rasanya menggembirakan hatinya. Ada kalanya dia
juga perlukan rehat sambil melihat dunia luar. Hatinya yang keras pasti
mampu dilembutkan bila anda selalu bersamanya.
mingguan wanita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan