Khamis, 14 Mei 2015

Tip Melentikkan Bulu Mata Secara Semulajadi

Foto - http://blinkstudiomb.com/
Foto – http://blinkstudiomb.com/
Tip Melentikkan Bulu Mata Secara Semulajadi | Adakah anda seorang wanita yang menginginkan bulu mata yang panjang dan lentik tanpa perlu menggunakan bulu mata palsu atau pu n mascara.

Disini kami kongsikan beberapa tip mudah untuk emlentikkan bulu mata anda secara semulajadi. Selain murah ia juga selamat dilakukan,

Berikut tip mudah melentikkan bulu mata secara semulajadi:

 

1.Menggunakan Lidah Buaya & Daun Sirih
Ambil lender lidah buaya dan layurkan 2 helai daun sireh. Masukkan lender lidah buaya ke dalam mangkuk dan celuokan sehelai daun sireh yang telah dilayur.  Apabila sudah bersatu, sapu ke bulu mata secara merata. Pastikan bulu mata anda dalam keadaan bersih. Biarkan selama 2 jam. Setelah itu bersihkan sisa-sisa menggunakan daun sireh yang belum digunakan. Caranya celuokan ke dalam air suam dan bersihkan dengan cara menyapunya pada bulu mata anda. Lakukan gerakan seperti anda menggunakan maskara.

2.Pengambilan Makanan Yang Sihat
Sentiasa mengambil makanan sihat dengan nilai zat yang seimbang. Banyakkan pengambilan   sayur-sayuran dan juga buah-buahan,makanan sihat yang kaya dengan beta karoten, vitamin B, asid folat dan asid amino

3.Pakai Buah Keras
Ternyata buah keras juga boleh menjadi salah satu cara melentikkan bulu mata. Ambil dua atau tiga biji buah keras, bakar sehingga kehitaman.Biarkan sejuk, kemudian kisar atau tumbuk sampai lumat. Sebelum tidur, sapukan pada sekitar mata tetapi hati-hati jangan sampai termasuk ke dalam mata. Lakukannya paling kurang tiga kali seminggu

4.Gunakan Minyak Semulajadi
Gunakan minyak zaitun. Minyak zaitun seeloknya disapukan pada malam hari sebelum tidur secara teratur sehingga bulu mata lentik dan panjang. Cara anda hanya perlu menyapu minyak zaitun pada kelopak bulu mata. Anda juga boleh menggantikan minyak zaitun dengan minyak almond.

­
5.Pakai Sikat Bulu Mata
Menyikat bulu mata secara teratur dengan bantuan tambahan minyak semulajadi juga boleh merangsang pertumbuhan bulu mata. Sikatlah bulu mata dengan menggunakan sikat khas untuk bulu mata pada setiap malam sebelum tidur bagi pertumbuhan dari folikel bulu mata anda.
sumber-wom.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...