Dalam hidup kita ni tak semua benda kita boleh kongsi atau bagitahu
kat orang kan? Lagi-lagi kat ibu bapa, kawan-kawan tak pun girlfriend
atau seangkatan dengannya.
Kadang-kadang kita nak simpan sendiri dan ada bagus nya kalau kita
tak kongsi dengan orang. Sama juga macam kita lalui situasi dimana orang
tanya soalan-soalan yang simple tapi bagi kita susah betul nak jawab.
Kalau korang nak tau soalan apa yang susah nak jawab tu. Jom tengok
senarai di bawah ni. Korang mesti pernah ditanya soalan-soalan seperti;
1) Nak makan mana?
Haa, soalan ni paling common member-member korang akan tanya. “Nak
makan mana bro?” Mesti korang akan terdiam jap lepas tu tak tau nak buat
keputusan. Bila dah cadangan nak makan mana, member korang pula tak
setuju. Macam mana tu?
2) Bila nak kahwin?
Soalan ni korang akan dapat bila balik nak jumpa saudara mara,
makcik-makcik, jiran-jiran kat kampung. Kalau korang dapat soalan tu
kami nasihatkan diam je. Kunci mulut dan senyum tanda hormat. haha!
3) Dah kerja ke belum?
Kalau boleh soalan ni pelajar yang lepas konvokesyen nak elakkan. Iya
lah, mesti korang stress bila orang tanya pasal kerja. Lagi-lagi bila
ramai kawan korang dah dapat kerja. Kerja sekarang ni susah nak dapat.
Sabar je lah yaa.
4) Dah kat mana?
Soalan ni pula akan dapat bila member-member yang dah ajak lepak
sejam yang lepas tanya korang kat mana. Masa tu korang masih lagi kat
rumah dan jawapan biasa akan dijawab “On the way bro”. Betul kan? Haaa
5) Results peperiksaan dapat berapa?
Aduhh, jangan la ditanya soalan macam ni. Kalau korang tanya kat
orang yang dapat keputusan yang bagus takpe lagi, kena pula dapat
keputusan exam teruk atau cukup-cukup makan. Jawapan paling selamat nak
bagi kat diorang ialah “Boleh laa, biasa-biasa je”
6) Dah solat ke belum?
Soalan ni paling sensitif sekali! Kalau mak korang tanya dah solat ke
belum? Korang nak jawab apa eh? Nak tipu takut dosa, kalau jujur cakap
tak solat kena baling penyapu pula dengan mak kita. Hiks
7) Ada Instagram?
Ermm, korang akan cuba elak soalan ni daripada kawan-kawan yang
korang tak rapat atau tak suka sebab korang nak privasi dan
gambar-gambar di instagram hanya lah untuk kawan-kawan yang betul rapat.
Iya kan?
8) Ni boyfriend kau ke?
Kepada wanita di luar sana, kalau member korang tanya siapa lelaki
yang ada dalam gambar di Instagram. Sila lah jawab betul-betul ya. Mana
lah tau korang nak jaga market sebagai awek terhangat di pasaran ke kan?
ohbulan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan