Ahad, 17 Mei 2015

Kebaikan Bersedekah Di Dalam Islam

Sedekah adalah amalan yang sangat baik di dalam Islam. Sedekah memberi maksud pemberian atau amalan seseorang kepada orang lain secara rela dan seikhlas hati. Contohnya mengeluarkan harta dengan niat mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Berikut adalah kebaikan bersedekah di dalam Islam :

1.Di panjangkan umur.
Nabi SAW menyatakan bahawa Allah SWT Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Allah SWT boleh memendekkan atau memanjangkan umur seseorang mengikut kehendakNYA. Jika ALLAH SWT reda akan hambaNYA yang banyak bersedekah, maka sukar bagi ALLAH SWT merubah qada dan qadar-Nya yang telah tertulis.

 Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya urusan-Nya apabila dia mengkehendaki sesuatu dia hanya berkata kepadanya:”Jadilah!” maka terjadilah sesuatu itu.” (Surah Yassin ayat 81).

Foto-http://wartaaceh.com/
Foto-http://wartaaceh.com/



2.Dapat menghapuskan sifat sombong, takbur dan riak
Mereka yang bersedekah dan tidak kedekut Allah SWT akan mencampakkan dalam hatinya perasaan kasih sayang, lemah lembut, tenang, suka pada kebenaran dan akan dijauhkan oleh Allah SWT sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.

Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah SAW : “Sedekah mana yang lebih besar pahalanya?

Nabi menjawab, “Sedekah yg diberikan sedangkan pada masa itu engkau masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang hendak mendermakan harta kerana takut jadi fakir dan engkau berangan untuk menjadi kaya).

3.Diperluaskan rezekinya dalam kehidupan
Dalam Al-Quran ada dinyatakan siapakah yang hendak memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak.

Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan. Jelaslah dengan kita memberi sedekah rezeki kita akan datang dengan murahnya dari-Nya.

Sumber: Alquran(Surah Al Baqarah Ayat 245)

4.Sedekah dapat menyucikan diri dan har­ta
Di dalam Surah Al-Taubah ayat 103 membuktikan ba­ha­wa, “Ambil sedekah daripada harta mereka un­tuk membersihkan dan menyucikan mereka, dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa kau itu menjadi ketenangan hati mereka.

Ayat ini menjelaskan 2 perkara utama iaitu barang yang harus disedekahkan dan sebab untuk bersede­kah. Dengan sedekah ia dapat membersihkan jiwa dan harta yang dimiliki.

Sesungguhnya amalan bersedekah sangat digalakkan di dalam Islam. Ia dapat memberikan kebahagiaan dan kesenangan kepada mereka yang memerlukan.
Sumber-wom.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...