Rasa loya dan mual semasa trimester pertama kehamilan adakalanya
membuatkan bakal ibu menjadi malas untuk makan, padahal waktu itu adalah
saat kritikal pertumbuhan janin. Sepatutnya pada trimester pertama, ibu
perlu makan banyak makanan berkhasiat bagi memastikan janin membesar
dengan sihat.
Namun demikian, sikap tidak lalu makan di awal kehamilan adalah perkara
normal kerana ketika ini berlakunya perubahan hormon dalam badan ibu.
Tetapi jangan terlalu melayan perasaan tersebut kerana ibu perlu tahu
bahawa pemakanan ibu memberi kesan terhadap perkembangan bayi di awal
kehamilan.
Oleh itu ibu perlu cari apakah jenis makanan yang boleh dimakan tanpa
rasa mual dan paling penting ia sihat serta mampu memberikan khasiat
kepada ‘orang di dalam’. Jika tetap rasa loya dan mual, makan dalam
kuantiti yang kecil tetapi kerap.
Brokoli
Ibu hamil terutama pada trimester pertama sangat digalakkan mengambil
banyak sayuran hijau seperti brokoli yang kaya dengan kandungan folat,
kalsium, karotenoid dan serat yang membantu perkembangan mata bayi dalam
kandungan. Kalium yang terdapat dalam brokoli juga membantu menormalkan
tekanan darah.
Yogurt
Ibu hamil sering ditekankan agar minum susu yang banyak membekalkan
kalsium. Tetapi ada kalangan ibu hamil langsung tidak boleh menghidu bau
susu apatah lagi meminumnya. Jadi, gantilah ia dengan mengambil yogurt
kerana ia mengandungi protein, kalsium, vitamin B dan zink. Kandungan
kalsium dalam yogurt juga dikatakan lebih tinggi berbanding susu.
Buah Beri
Kumpulan buah-buahan beri sememangnya sedap walaupun rasanya masam
manis. Ia membantu ibu menghilangkan rasa mual. Buah beri seperti
strawberi, blueberi, rasberi yang kaya dengan vitamn C, potassium,
folat, serat dan antioksidan yang tinggi memang digalakkan kepada ibu
hamil.
Daging
Daging yang kaya dengan protein, vitamin B12, B6 dan niacin
sememangnnya bagus untuk mengelakkan masalah anemia sepanjang
mengandung. Daging juga mengandungi kolin yang membantu perkembangan
bayi. Pengambilan daging di awal kehamilan sangat penting untuk janin
dan ibu sendiri.
Kekacang
Kekacang merupakan sumber protein, zat besi, protein, folat, kalsium
dan zink. Mineral ini diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan
janin pada tiga bulan pertama. Kekacang boleh dijadikan snek kudapan
bagi menghilangkan rasa loya dan mual yang muncul pada
pama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan