Ada seorang raja yang hobinya memburu binatang. Setiap kali
ingin pergi memburu, raja ini membawa penasihatnya sekali. Mereka
berdua masuk ke dalam hutan. Kemudian, raja tersebut ternampak seekor
rusa. Lalu, raja itu menembaknya. Namun, rusa itu masih belum mati. Raja
itu mengeluarkan pisau lalu meyembelih leher rusa itu. Tanpa disedari,
satu jarinya telah terpotong. Lalu, dia mengadukan kesakitannya kepada
penasihatnya itu. Kata raja,"Wahai penasihatku, sungguh sakit yang ku
rasakan akibat terpotongnya jariku ini".
Penasihat itu menjawab dengan
tenang,"Ada hikmahnya, tuanku". Raja mula berang. Dikatanya,"Wahai
penasihat, hikmah apakah yang ada jika jariku terpotong? Tiada hikmah.
Malah aku kehilangan satu jari". Kemudian, raja itu menghumban penasihat
itu ke dalam penjara istananya. Selepas itu, si raja meneruskan
hobinya.
Kali ini, raja itu berseorangan. Lama beliau di hutan. Namun,
seekor binatang pun tidak dijumpai. Raja itu pun terus berjalan hingga
sampai ke dalam hutan tebal. Kemudian, terdapat sebuah perkampungan
orang asli. Orang asli disitu makan orang. Kebetulan pula, hari tersebut
adalah Hari Raya Korban bagi mereka. Lalu, mereka menangkap raja
tersebut untuk dijadikan korban. Raja itu diletakkan di dalam kawah
besar.
Perencah dan rempah sudah dimasukkan. Air pun telah dimasukkan
sehingga paras dadanya. Hanya belum dinyalakan api sahaja. Maka, orang
asli disitu bertanyakan kepada Tok Batin mereka. Kata mereka,"Tok,
bolehkah kita menjadikan orang itu sebagai korban kita?". Tok Batin
menjawab,"Boleh sekiranya tiada kecacatan pada tubuhnya". Lalu, mereka
memeriksa tubuh raja itu dan mendapati jarinya kurang satu. Hal itu pun
diadukan kepada Tok Batin. Kemudian Tok Batin menjawab,"Lepaskanlah dia
kerana kecacatan pada jarinya".
Raja itu pun dilepaskan. Dengan segera
si raja pulang ke istana. Si raja bergegas menuju ke penjara istana.
Lalu, dia menemui penasihatnya kemudian memeluknya sambil menangis.
Penasihat itu pun pelik. Kemudian dia bertanya,"Wahai tuanku, apakah
yang telah terjadi?". Tuanku menceritakan segala yang terjadi. "Benarlah
katamu. Ada hikmah hilangnya satu jariku ini. Jika tidak, pasti aku
menjadi korban mereka". Kemudian si penasihat menjawab,"Wahai tuanku,
ada hikmahnya engkau meletakkan ku di dalam penjara ini. Jikalau aku
turut bersamamu, pasti engkau akan terselamat dan aku akan menjadi
korban mereka".
---
---
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui. Begitu juga dengan sunnah Nabi. Sunnah dalam pemakaian, tutur kata, ketika berjalan, ketika hendak makan dan minum. Terkadang ianya nampak remeh. Namun, pahalanya sangat besar di sisi Allah swt.
Moga Allah Redha.
Sumber: http://talaqqialquran.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan