Selasa, 25 Mac 2014

Bagaimana Syarikat Satelit British, Inmarsat, Mengesan MH370

Kerajaan Malaysia telah menyimpulkan bahawa, berasaskan analisis data satelit dari syarikat British Inmarsat, penerbangan MH370 Malaysia Airlines telah berakhir di Lautan Hindi, dan tiada penumpang yang terselamat.

Dalam satu kenyataan pada pukul 10.00 malam waktu tempatan (24 Mac), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memberitahu, dengan menggunakan satu kaedah ‘yang belum pernah digunakan dalam penyiasatan seperti ini’ jurutera-jurutera Inmarsat telah dapat menyimpulkan yang posisi terakhir kapal terbang tersebut ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, di sebelah barat Perth.
Ini ialah satu lokasi terpencil, jauh dari mana-mana tapak pendaratan yang berkemungkinan. Oleh itu, dengan rasa kesedihan dan kekecewaan yang mendalam saya perlu memberitahu anda yang, berdasarkan data terbaru ini, penerbangan MH370 telah berakhir di Lautan Hindi.



Peranan Inmarsat dalam pencarian penerbangan MH370 Malaysia Airlines bermula sebaik saja kapal terbang tersebut hilang. Walaupun sistem pelaporan komunikasi utama pesawat tersebut (yang biasanya akan menghantar posisi kapal terbang) telah dipadamkan, salah satu satelit Inmarsat terus menerima siri ‘ping’ automatik setiap jam dari satu terminal pada pesawat itu, yang biasanya digunakan untuk menyelaraskan informasi masa.

Dengan menganalisa ‘ping’ ini, Inmarsat telah dapat menyimpulkan yang penerbangan MH370 telah terbang selama sekurang-kurangnya lima jam setelah pesawat itu meninggalkan ruang udara Malaysia, bahawa ia telah terbang di sepanjang salah satu antara dua ‘koridor’- satu koridor melengkok ke utara manakala satu lagi ke selatan. Pesawat itu dilaporkan terbang pada ketinggian ‘cruise’ melebihi 30, 000 kaki.

Menurut Chris McLaughlin, Naib Presiden Kanan Perhubungan Luar di Inmarsat:-
Kami melihat kepada kesan Doppler, yang merupakan perubahan pada frekuensi disebabkan oleh pergerakan sebuah satelit di orbit. Yang kemudiannya membolehkan kami meramal jalan penerbangan pesawat itu di laluan utara dan satu lagi di laluan selatan.
Itu belum pernah dilakukan sebelum ini, jurutera-jurutera kami melakukannya sebagai sumbangan unik.
Informasi ini diberikan kepada wakil kerajaan Malaysia pada 12 Mac, tetapi kerajaan Malaysia tidak mengesahkannya kepada orang ramai sehingga 15 Mac, menurut Wall Street Journal. Malaysia mula mengalihkan usaha mencari pada hari itu, bagi memfokuskan kepada kawasan-kawasan yang dikaitkan oleh informasi  tersebut. Bagaimanapun, beberapa wakil kerajaan yang terlibat dalam usaha pencarian memberi amaran bahawa hari-hari yang telah berlalu dan pembaziran sumber boleh menghalang penyiasatan.

article-2587209-1C86BE5400000578-181_634x444
Sementara itu, jurutera Inmarsat telah melakukan analisa lanjut kepada ‘ping’ dan telah berjaya menghasilkan model kesan Doppler yang lebih terperinci untuk laluan utara dan selatan. Dengan membuat perbandingan antara model-model ini dan trajektori pesawat-pesawat lain yang berada pada laluan serupa, mereka berjaya mewujudkan ‘padanan luar biasa’ antara laluan ramalan Inmarsat di koridor selatan dan bacaan-bacaan (ping) pesawat lain pada laluan itu.

Kata McLaughlin lagi:-
Semalam, kami boleh mengatakan secara muktamad yang pesawat itu telah mengambil laluan selatan.
‘Ping’ dari satelit ini—beserta andaian mengenal kelajuan pesawat itu—membantu Australia dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) AS bagi mengecilkan kawasan pencarian hingga kepada tiga peratus dari koridor selatan pada 18 Mac.
Kami mengusahakan untuk mencari dari posisi mana ‘ping’ dari pesawat telah dihantar ke satelit, dan kami tahu yang pesawat itu pasti sudah kehabisan bahan api sebelum ‘ping’ automatik yang seterusnya, tetapi kami tidak tahu berapa kelajuan penerbangan tersebut—yang diandaikan lebih kurang 450 knot.
Kami tidak boleh tahu bila bahan api habis, kami tidak boleh tahu sama ada kapal terbang itu menjunam atau meluncur, kami tidak boleh tahu sama ada pesawat itu pada masa terakhir penerbangannya telah mengurangkan kelajuan kerana kebakaran.
Inmarsat menyerahkan analisis berkaitan kepada Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) UK semalam.

Punca kapal terbang itu terhempas masih misteri.
amazing nara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...