Keadaan itu mendapat perhatian kerajaan China yang menawarkan penginapan yang ditanggung sepenuhnya untuk bapa berkenaan di kawasan berhampiran sekolah bagi memudahkan urusannya.
Yu yang berasal dari kampung Fenyi di daerah Yibin terus gigih untuk menyekolahkan anaknya walaupun tangan dan kaki kanak-kanak itu bengkok.
YU Xukang mendukung anaknya
ke sekolah.
“Saya sedar anak saya mengalami kecacatan fizikal tetapi otaknya berfungsi dengan baik. Bagaimanapun saya tidak dapat mencari sekolah berhampiran kediaman kami yang mempunyai kemudahan untuk orang seperti anak saya dan permohonan saya sering kali ditolak,” kata Yu
“Satu-satunya sekolah yang dapat menempatkan anak saya ialah Sekolah Rendah Fengxi yang sejauh lapan kilometer,” katanya.
Lelaki itu berpisah dengan isterinya sewaktu Xiao berusia tiga tahun dan membuat keputusan untuk membesarkan anaknya seorang diri. - Agensi
metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan