Ahad, 23 Mac 2014

Badai rumahtangga, bersediakah anda?

Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula suami isteri…”

Siapa yang dah berumahtangga, pasti faham, betapa benarnya lirik ini… kan, kan?

Tak kira siapa pun anda. Usah berlagak laaa… Kalau dah berumahtangga, pasti akan merasa asam garamnya.

Datuk ker, tan sri ker, artis terkenal ker, ustaz ker, ulamak ker… hatta seorang pakar kaunselor rumahtangga pun menghadapi cabaran dan dugaan hidup berumahtangga masing-masing.
Cuma yang membezakannya ialah ;
bagaimana cara kita menghadapi konflik rumahtangga yang melanda?
Ada orang, disebabkan masalah kecil pun, boleh bercerai.

Ada orang, diuji macam-macam, kesusahan dan cabaran, tapi masih tetap kekal bersama.

Anda bagaimana? Bersediakah anda menghadapi badai rumahtangga yang tak terduga? Tabah dan sabarkah anda menempuhi cabaran yang mendatang?

Di bawah ini, saya kongsikan satu perkongsian pengalaman hidup berumahtangga salah seorang pembaca blog PHT.





masalah rumahtangga
Ia boleh jadi motivasi. Ia boleh jadi peringatan diri. Ia boleh jadi cermin mengukur diri. Ia adalah untuk iktibar dan muhasabah diri.

Bersediakah kita menghadapi badai rumahtangga yang penuh ranjau dan duri?

Sama-sama kita renungi coretan pengalaman ini…

Assalamualaikum wbt tuan/puan Pakar
Dalam hidup ini segala dugaaan dan cabaanr yang di luar jangkaan sering berlaku. Begitu juga dengan kehidupan saya.
Selama 48 tahun bernafas di bumi ALLLAH ini..ketika usia 34 tahun, saya diuji dengan badai rumahtangga yang tidak terucap pahitnya, seksanya dan kesannya sehingga sekarang.
Ketika itu anak2 masih kecil, suami saya dengan alasan kerja telah berpaling dari amanahNya. Sikapnya bertukar 360 darjah sejak dia bertukar kerja dari sektor swasta kepada sektor awam (kerajaan).

Peluang bekerja di luar pejabat digunakan semaksimum mungkin berfoya-foya mengikut kawan-kawan sealiran jiwa mereka. Betul kata orang tua-tua, lelaki jatuh kerana wanita. Dari main-main mungkin.., suami telah benar-benar jatuh cinta dengan seorang pelacur bangsa Indonesia. Suami sudah pandai menipu, memperbodohkan kepercayaan dan menganiaya anak-anak.

Hari pertama dia tidak pulang ke rumah, saya telah pun terlewat untuk bertanya. Saya tidak pandai nak menggambarkan kepahitannya kerana sudah belasan tahun berlalu. Bukan saya lupa tetapi saya tidak ingin mengenangkannya. Jiwa saya merana anak-anak bertebaran hanya kerana onar suami saya. Jiwa anak-anak yang luka beri kesan kepada tumbesaran mereka hingga kini.

Setelah tembelangnya terbongkar suami melarikan diri bersekedudukan dengan wanita Indonesia tersebut. Saya tahu di mana mereka, tanpa nafkah zahir batin dan nafkah anak-anak, saya berusaha mencari suami yang ketika itu tinggal di rumah kedai di Chow Kit. Bukan pergi bersendirian tetapi dengan bantuan seorang anggota polis.

Kenapa?..kerana wanita Indonesia ini telah mengugut dan menghina saya dengan pelbagai cara.

Rasanya tentu keadaan ini dapat tuan/puan Pakar bayangkan melalui pengalaman-pengalaman wanita lain yang diganggu oleh orang ketiga kan? Begitu lah nasib saya. Malahan keadaan diri saya yang di mata keluarga dan kawan-kawan seperti ada yang tidak kena, membawa saya ke pelbagai tempat rawatan alternatif (perubatan Islam)..semuanya memberi signal bahawa saya telah dikenakan sihir pemisah, sihir cerai senang kata.

Memang suami tak lekang ugut cerai jika saya bersuara dan wanita Indonesia itu juga telah mendabik dada bahawa ilmu dia kenakan itu takkan dapat saya lawan. Tak mengapalah ALLAH yang saya sembah ada penawarnya.Itu jawapan saya kepada wanita Indonesia itu.

Suami juga tidak kurang hebatnya mencaci menghina dan memalukan saya dengan perkataan dan perbuatannyanya. Bila dia pulang ke rumah dia akan membawa segala kesan zinanya, love bite usah dikira..air mani mereka sengaja dipamerkan dipakaiannya. Sedangkan segala keperluannya telah dibawa dan ditinggalkan di rumah wanita Indonesia itu. Bagaimana saya menghadapi siksaan mental ini?

Dihadapan anak-anak, di hadapan ahli keluarganya saya dibaratkan seperti beruk yang terhegeh-hegeh meminta makan darinya. Ya Allah..hinanya saya.

Saya bukan surirumah sepenuh masa, saya bekerja dan sebahagian dari gaji saya menanggung hutangnya bertahun-tahun!!!

Dalam pada itu saya mendapat tahu wanita simpanannya bukan seorang malah ada disetiap tempat dan negeri dimana sahaja dia ditugaskan. Paling malang, sahabat saya yang saya anggap kakak juga merupakan salah seorang teman zinanya..dapatkah anda bayangkan `pahit’ kenyataan itu pada seorang isteri? Ini lah kemuncak peristiwa pahit dalam hidup saya.

Dari perempuan Indonesia suami lari bersama sahabat saya ke Utara Malaysia. Kerana ALLAH itu Maha Adil..mereka lari dari suami sahabat saya itu ke rumah mertua. Di sini lah segalanya ALLAH tunjukkan. Mertua minta saya pulang dan kami bersemuka setelah suami tak mampu lari kemana-mana lagi..saya serahkan segala keputusan kepada suami.
Rupanya itu menjadi dendam di hati suami dan sahabat saya, Setelah saya kembali ke rumah, suami tiba-tiba pulang kepangkuan kami, bukan untuk berubah tetapi memukul dan mencederakan saya.

Hati yang luka jadi hancur, apatah lagi mendengar tangisan anak-anak. Dengan segala kecederaan dan kesakitan saya ke hospital untuk mendapat rawatan. Doktor yang merawat bertanya bertubi-tubi punca kecederaan kerana ketika itu masyarakat telah mulai ada kesedaran tentang kegansan rumahtangga.

Tanpa saya duga, Doktor telah membuat laporan polis dan bermula episod yang memalukan diri saya. Saya harus membuka aib rumahtangga kerana kes saya melibatkan senjata tajam dimana suami mengacukan pisau dan ugut bunuh. Tidak lama selepas itu suami melarikan anak sulung dan anak kedua kami mungkin mereka berdua adalah saksi kejadian. Saya dan anak-anak trauma..terpisahlah adik-adik seramai 3 org itu dari 2 orang kakak mereka.

Saya jatuh sakit seakan tak mampu nak menghadapinya lagi. Kasihan anak-anak saya, emosi dan mental mereka terlebih sengsara. Mereka bermasalah di sekolah hingga cikgu memaksa mereka bercerita apa terjadi di rumah. Cikgu-cikgu yang mengetahui puncanya mujur bersimpati dan memahami..itu lah cikgu-cikgu yang merawat hati anak-anak saya dengan kasih sayang mereka. ALLLAH jua yang akan membalas budi baik mereka.
Alhamdulillah juga..dengan sokongan emak ayah adik-adik serta para sahabat dan ketua jabatan/pegawai-pegawai saya..saya tidak rebah walau hidup digantung tidak bertali. Ibu tunggal!

Setelah kes di sabitkan..saya dipanggil dan dinasihat supaya menarikbalik repot polis. Suami saya merayu-rayu supaya tidak `hantar ke penjara’..agaknya dia serik dilokapkan dan disoal siasat setelah repot dibuat.

Saya beri syarat saya tarik balik kes dan dia ceraikan saya dengan talak 3! Saya tarik balik dan tandatangan dokumen itu tetapi saya terperangkap.

Dia kembali ke pangkuan kami dan bawa kami berpindah. Bermula lagi pahit hidup saya..memang saya dan anak-anak tinggal dengannya tetapi dia tetap berzina dan tak kisahkan kebajikan anak-anak hingga anak sulung dan anak kedua saya keluar dari rumah tanpa kata. Kata nista dan cacian tetap menjadi nyanyian untuk kami anak beranak. Perangai jahatnya semakin menjadi-jadi dan semakin ditunjukkan, sayangnya hati saya sudah keras! perasaan kasih sayang sudah tidak berbaki lagi di jiwa saya.
Dia menyusahkan saya dengan berulang alik ke pejabat agama, ke pejabat biro bantuan guaman. Bila masanya tiba untuk dia dipanggil, dia tidak hadir atas alasan bekerja. Bila hadir ke pejabat agama, dia membuat huru hara hingga Pengarah Jabatan Agama di situ tercabar kesabarannya. Saya jemu. Saya serahkan segalanya kepada ALLAH kemana akhirnya rumahtangga saya dan anak-anak saya setelah gagal mencari walau repot polis telah dibuat berkali-kali.

Sejak itu pada tahun 2007, seluruh hidup dan waktu saya tumpukan pada anak-anak yang masih dalam jagaan saya. Saya tidak lagi diamkan diri bila tidak berpuas hati..saya bersuara terutama tentang nafkah anak-anak. Saya biarkan suami hidup beraja di mata bersultan di hati hingga dia tergamak berzina dalam rumah kami ketika saya dan anak-anak berada di dalamnya..pergi lah kemana pun saya tidak pernah lagi bertanya dan ambil kisah. Saya tidak pernah telefon walau anak sakit. Pandai-pandailah diri sendiri menghadapi.

Ketika suami meminta saya menolongnya mendapatkan kereta baru, saya bertegas tidak mahu menolong lagi. Untuk apa saya berkorban sedangkan selama ini saya menanggung kesusahan seorang diri?..Saya pergi dan balik kerja menaiki teksi, bukan dapat merasa naik kereta baru kerana dia sepanjang masa kerja luar daerah.Kereta disimpan di pejabatnya Tak tahu kenapa saya bagaikan terlepas dari beban dapat menolak kehendaknya buat kali pertama selama diberi kepahitan hidup bersamanya. Sebulan dia bermasam muka namun kebaikannya dari sikap tegas itu, dia tidak meninggalkan saya ke tempat kerja atau tidak menjemput saya pulang dari kerja. Pun begitu saya tetap tidak mahu membantu mendapatkan kereta baru.

Suami semakin berubah bila dia pula diuji dengan sakit. Ustaz-ustaz/ustazah-ustazah/pegawai-pegawai agama yang pernah saya temui berkata dia akan berubah bila dia tidak berdaya atau ditarik nikmatNya termasuk nikmat sihat. Benar! suami bersumpah palsu bahawa tidak pernah berzina dengan menyumpah keburukan kepada diri sendiri. Suami lupa selama ini dia bangga bercerita tentang kehebatannya di ranjang bersama-sama wanita simpanannya yang sangat dicintai dan menyintai dirinya. Saya tidak meminta sumpah itu dan akhirnya suami mendapat sakit yang hampir meragut nyawanya. Itu kata Doktor, tetapi ALLAH sayangkan suami saya. Masih ada kesempatan untuk berubah dan peluang bertaubat.

Saya bersyukur anak-anak yang meningkat remaja perlahan-lahan menerima abah mereka. Apa yang paling bermakna anak-anak yang keluar dari rumah telah pulang ke pangkuan saya pada Disember 2013. Enam tahun mereka berdikari dalan usia 13 dan 15 tahun..Doa saya dimakbulkan ALLAH..syukur sangat-sangat, anak-anak saya pulang dengan wajah yang manis tanpa dendam.

Walau sesekali saya melihat suami masih berhubung/dihubungi oleh wanita simpanannya, itu tidak menjadi kudis di jiwa saya lagi. Saya telah mendapat nikmat dari doa dan sabar saya selama ini, mengapa saya tidak boleh berbaik sangka kepada Pencipta saya?

Memang senang ucap SABAR..tetapi berapa ramai yang memahami betapa sakitnya meniti kesabaran? Begitu juga nikmat dari bersabar, tidak semua orang faham melainkan melalui sendiri.

Hidup adalah ujian, sabar itu menguji keimanan.

Setelah melalui kepahitan ini, ujian saya tidak berakhir di situ sahaja, pasti akan ada ujian-ujian lain namun kerana pernah merasai `yang paling pahit’..Insha ALLAH..moga kekuatan jiwa ini berterusan dikurniakan ALLAH kepada saya.

Ahamdulllh,lega sikit rasanya dapat meluahkan kepada tuan/puan Pakar..


Itulah cerita pengalaman paling pahit dalam hidup saya. Saya mohon maaf kerana cerita yang begitu panjang lebar. Saya telah berusaha meringkaskan kepada tahap yang paling minimum.

Semoga dapat sikit sebanyak iktibar dan peringatan.

Terima kasih tuan/puan Pakar.

Wassalam
Ia adalah sebuah kisah yang agak panjang. Tapi saya rasa banyak point-point penting yang boleh kita ambil perhatian dan peringatan.
masalah rumahtangga
Setelah membaca kisah ni…
Apakah yang anda boleh ambil iktibar dan pengajaran?
pakar how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...