Ahad, 23 Mac 2014

Dunia Ini Adalah Fatamorgana .



fatamorgana

Pernahkah kita mendengar lagu dendangan Kumpulan Hijjaz suatu masa dahulu berkenaan dengan "Fatamorgana". Tahukah apa itu "Fatamorgana". 


Fatamorgana merupakan sebuah fenomena di mana optik yang biasanya terjadi di tanah lapang yang luas seperti padang pasir atau padang es. Fatamorgana adalah pembiasan cahaya melalui kepadatan yang berbeda, sehingga bisa membuat sesuatu yang tidak ada menjadi seolah ada. Fenomena ini biasa dijumpai di tempat panas dan Gunung Brocken di Jerman


Seringkali di gurun pasir, fatamorgana menyerupai danau atau air atau kota. Ini sebenarnya adalah pantulan daripada langit yang dipantulkan udara panas. Udara panas ini berfungsi sebagai cermin. Kata 'Fatamorgana' adalah nama saudari Raja Arthur, Faye le Morgana, seorang peri yang bisa berubah-ubah rupa.
 

Sebenarnya bukanlah tajuk utama untuk menceritakan perihal fatamorgana ini tetapi adalah untuk mengaitkan kehidupan kita dalam seharian. Kehidupan kita yang singkat ini kita sering terperdaya dengan indahnya dunia ini seolah-olah kita akan hidup buat selama-lamanya. Ingatlah dunia yang fana ini pasti akan kita tinggalkan esoknya atau lusa. Apakah yang kita banggakan kehidupan yang sementara ini. 

Kita andai dunia ini adalah fatamorgana yang kononnya tempat kita cari atau tempat yang kita sangkakan air tadi, tapi adabila kita pergi ke tempat air itu ternyata tiada air yang disangka-sangkakan itu. Begitulah kehidupan ini kita menyangka bahawa dunia ini sungguh nikmat dan kita sering terlupa akan "bekalan" yang perlu kita bahawa untuk bertemu denganNya. 

Silau dunia ini memang mudah membuatkan kita lupa dan alpa dalam menyukuri setiap nikmat dan rezeki yang diberikanNya kepada kita. Apakah yang kita banggakan, Adakah kita mempunyai kereta yang besar?Rumah yang mewah? Atau isteri yang cantik?.Sesungguhnya semua ini adalah perhiasan dan bila-bila masa sahaja boleh diambil olehNya. Sesungguhnya dunia ini pasti kita akan tinggalkan dan semuanya yang kita banggakan pasti akan kita tinggalkan. 
Dunia ini adalah perhiasan dan secantik-cantik perhiasan adalah isteri yang solehah. Serta ingatlah bahawasanya : 
apabilamatianakadam

Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputuslah ia semua hal kecuali tiga perkara itu; sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendokannya.

(Hadis Riwayat Muslim)  
surahalankabutayat57
Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).
~surah al-ankabut ayat 57~

Ini kerana mati itu adalah pasti, lambat atau cepat kita pasti akan datang menemui Allah dan dipertanggungjawabkan tentang apa yang dilakukan di dunia ini. 

Ya Allah, perbaikilah agamaku yang merupakan penentu (kebaikan) semua urusanku, dan perbaikilah (urusan) duniaku yang merupakan tempat hidupku, serta perbaiki akhiratku yang merupakan kembaliku (selamanya), jadikanlah masa hidupku sebagai penambah kebaikan bagiku, dan jadikanlah kematianku sebagai penghalang bagiku dari semua keburukan. 

pls: Entry ini adalah untuk ingatan mselim3 sendiri. Maaf andai ada menyinggung perasaan sesiapa. Tidak ada niat apa-apa hanya untuk ingatan diri ini yang kekadang sering lupa dan perlu diingatkan. 
 http://mselim3.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...