Jumaat, 21 Mac 2014

Apa bagus sangat ker kita ni?

Saya lihat, ramai orang di facebook suka sangat mengata dan mengutuk kelemahan orang lain.
Orang ni begini, orang tu begitu, orang ni tak betul, orang tu salah. Orang ni sombong, orang tu zalim. Orang ni bodoh, orang tu tak sedar diri. Orang ni melampau, orang tu tak senonoh.

Kita ni asyik melihat kesalahan orang jer. Kita suka sangat komen, komplen dan kritik orang lain.

Apa bagus sangat ker kita ni?
pandang buruk orang lain
Mari renungkan sedalam-dalamnya pesanan Nabi sollallahu’alaihi wasallam ini.
Dari Anas radhiallahu’anhu berkata Rasulullah sollallahu’alaihi wasallam telah bersabda ;
Berbahagialah orang yang meneliti ‘aib dirinya, dari ‘aib orang lain.
(Hadith riwayat al-Bazzar dengan isnad yang hasan oleh al-Haafiz)




Daripada hadith ini, kita dapat mengetahui bahawa, orang yang mendapat janji bahagia daripada Nabi sollallahu’alaihi wasallam ialah ;

  • Orang yang menyibukkan diri, menghitung, menilai, membetulkan kelemahan dan cacat cela kekurangan dirinya, dan
  • Orang yang meninggalkan perbuatan menyibuk, mengkaji, menilai, melihat keaiban (kelemahan/keburukan) orang lain
Kita ni sangat perlu untuk pentingkan diri dalam hal memperbaiki dan mengkoreksi diri.
Kita perlu sentiasa menilai dalam diri sendiri. Kita kena insaf dan sedar.
Apakah kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kita?
Apakah keaiban yang masih wujud dalam diri kita?
Apakah dosa yang belum kita tinggalkan lagi?
Semua itu perlu dihitung, perlu dihisab, perlu diinsafi dan dicari jalan bagaimana untuk kita kikis atau tinggalkan keburukan itu.
Bila seseorang itu bila dia tumpukan untuk membersihkan dirinya, dengan dia meninggalkan perbuatan menilai perbuatan orang lain, maka dia akan menyibukkan dirinya untuk mendekatkan dirinya kepada Allah subhanahu wata’ala.

Makin seseorang itu menyedari betapa lemahnya diri dia di hadapan Allah subhanahu wata’ala, makin seorang manusia itu menyedari dia seorang yang hina dina, banyak kelemahan dan kekurangan, maka dia akan lebih fokus dalam berusaha untuk meningkatkan kemuliaan dirinya.
Dia akan berusaha dan beramal untuk menjadi orang yang lebih dekat dengan Allah subhanahu wata’ala.
  • Kalau kita sedar diri kita ni kerdil, kita akan cuba mengikis sikap takabbur dalam diri.
  • Kalau kita sedar diri kita ni tak tara mana, masih jahil dalam banyak perkara, maka kita tidak mudah-mudah untuk menghukum dan mengata orang lain.
  • Kalau kita tahu kita ni serba kekurangan, baik dari segi ilmu, mahupun dari segi amalnya, maka kita akan berusaha untuk mencari ilmu dan meningkatkan amal.
Perkara ini hanya boleh kita lakukan apabila kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri, merenung, menyedari kelemahan dan kekurangan diri.

Bukannya sibuk mengata, mengutuk, mengkomplen, memandang rendah, memperlekeh, mengeji, menghina dan mengaibkan orang lain.

Sebelum ini, saya begitu kerap main facebook.

Saya dapati, facebook membuatkan diri kita saya terlalai dan terleka dalam 2 perkara penting iaitu ;
  • kita akan jadi lebih cenderung (lebih mudah) untuk lihat keburukan dan kelemahan orang lain
  • kita akan lebih cenderung (lebih mudah) untuk cerita dan pamerkan kebaikan diri sendiri (menunjuk-nunjuk, riak?)
Kedua-dua perkara ini sebenarnya hanya membuatkan kita saya berasa syok sendiri dan perasan bagus… astaghfirullahal’aziim.

pandang rendah orang lain

Itu pendapat saya saja (berdasarkan pengalaman sendiri). Anda tak bersetuju? Tak mengapa.
Tapi cuba login facebook anda, teliti betul-betul sikap pengguna facebook yang lain. Apakah yang anda boleh nampak?

Cuba pula lihat dan tengok apa yang anda tulis dan kongsikan di wall anda. Semuanya cerita dan perkara yang baik-baik kan? Ada kita cerita tentang keburukan diri sendiri di wall kita?

Nabi sollalahu’alahi wasallam suruh kita selalu cermin diri, tengok keaiban dan kekurangan sendiri, bermuhasabah diri sendiri. Bukannya pamerkan dan berbangga dengan kebaikan diri. Bukannya suruh kita syok sendiri.

Apatah lagi mengomen, kritik, memandang rendah, melihat keburukan dan ‘aib orang lain. Lebih teruk lagi menghina, mengkeji, mengumpat, menyebar fitnah dan tak habis-habis bertelagah sesama sendiri dengan menganggap diri kita jer yang bagus?

Apa kita ni bagus sangat ker?
Maka… “Berbahagialah orang yang meneliti ‘aib dirinya, dari ‘aib orang lain.

Wallahua’lam.
pakar how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...