Isnin, 31 Mac 2014

Bunker Rahsia Bawah Tanah Yang Boleh Menyelamatkan Anda Sekiranya Berlaku Perang Nuklear

Bunker atau tempat perlindungan yang terletak di bawah tanah sememangnya sudah lama dipraktikkan bagi melindungi para pemimpin tertinggi sesebuah negara terutamanya jika ia berkaitan dengan peperangan dan ancaman luar yang lain..Di sini terdapat 10 buah bunker rahsia yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku perang nuklear pada masa akan datang..Nak tahu? Meh usha kat bawah ni..

   


1. Svalbard Global Seed Vault (Norway)
  
Bilik kebal ini terletak di sebuah kawasan terpencil Artik di Norway pada jarak hanya 810 kilometer dari Kutub Utara. Bilik kebal ini berfungsi seperti bahtera Nabi Nuh yang direka untuk menyimpan dan melindungi benih tumbuh-tumbuhan.

2. Denver International Airport (Colorado)
  
Lapangan terbang ini merupakan salah satu lapangan terbang yang tersibuk dan terbesar di dunia. Ia mempunyai keluasan sebanyak 53 batu persegi dan dikhabarkan mempunyai kubu rahsia yang dibina di bawah bangunan yang terletak di atas dataran. Lima bangunan dikatakan dibina secara "tidak betul" dan bangunan lain telah dibina di atasnya.

3. The Shanghai Complex (China)
  
Kebanyakan butiran mengenai fasiliti rahsia ini masih tersimpan dengan rapi dan tersembunyi. Namun, apa yang diketahui, ia mempunyai sebuah kubu bawah tanah dengan keluasan 1 juta kaki persegi dan mampu memuatkan seramai 200,000 orang. Bilik kebal ini mampu menahan kuasa letupan, radiasi nuklear dan gas-gas beracun.

4. Burlington Bunker (United Kingdom)
  
Ia merupakan bandar era Perang Dinging dengan keluasan 35 ekar dan terletak kira-kira 100 kaki di bawah permukaan Corsham. Tapak ini telah dibina oleh kerajaan British pada tahun 1950 dan diberi nama kod "Burlington". Ia mampu memuatkan 6,000 orang selama tiga bulan dan menahan serangan senjata nuklear.

5. The Greenbrier Bunker (Virginia)
  
Kerajaan AS telah membina bilik tambahan pada hotel ini pada tahun 1958 dan sebagai pertukaran, mereka dibenarkan untuk membina kubu berkeluasan 120,000 kaki persegi di bawahnya. Kubu itu kekal rahsia sehingga tahun 1990 apabila ia didedahkan kepada umum dan dinyahfungsikan.

6. Iron Mountain (Massachusetts)
  
Kubu bawah tanah ini pada asalnya dibina oleh sebuah syarikat perkhidmatan pengurusan maklumat. Walaupun tujuan asalnya bukanlah sebagai sebuah bilik kebal rahsia, ia telah disenaraikan sebagai sebuah tempat yang paling selamat di planet ini. Kubu ini mempunyai keluasan 10,000 kaki persegi dalam sebuah lombong batu kapur berkeluasan 1,000 ekar.

7. The Moscow Metro (Rusia)
  
Sistem kereta api bawah tanah ini juga merupakan sebuah stesen kereta api bawah tanah rahsia dan juga sebuah kubu. Ia bagaikan sebuah bandar tersembunyi di bawah ibu kota Moscow. Kebanyakan Metro ini telah dibina oleh Stalin semasa era Perang Dingin.

8. Raven Rock Mountain Complex (Pennsylvania-Maryland)
  
Terdapat lima bangunan tiga tingkat di kompleks ini bagi tujuan menempatkan semula fungsi Pentagon sekiranya terjejas. Kompleks ini lengkap dengan segala kemudahan seperti klinik pergigian, bar, kedai gunting rambut dan juga Starbucks.

9. Cheyenne Mountain (Colorado)
  
Terletak 2,000 kaki di dalam pergunungan batu granit, kemudahan ini dibina bagi menahan letupan nuklear sekuat 5 megaton pada jarak 1.7 batu. Ia disenaraikan sebagai sebuah tempat yang paling selamat di Colorado.

10. Mount Weather (Virginia)
  
Kemudahan perintah awam (Civilian Command Center) ini merupakan sebuah kubu yang juga digunakan sebagai sebuah tempat pusat arahan untuk Badan Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA). Sebarang pengumuman kecemasan yang dibuat oleh Presiden atau Sistem Amaran Kecemasan FEMA mungkin datang dari tempat ini. Tapak ini diperkukuhkan dengan bangunan di atas permukaan dan kubu di bawah tanah.

p/s: Dengan kuasa Allah, tempat paling selamat pun belum tentu lagi selamat..
 
 drysheet.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...