Assalamualaikum
Hye..!!..Haha rasa terpanggil nak buat entry nie..Pagi tadi
sudah buat entry.Sekarang mahu lakukan nya sekali lagi.Maklumlah ada masa
lapang,so nanti apabila busy bersawang dibuat nya benda nie.Kawan Biela tanya
macam mana mahu matang dalam bercinta.Kita perlu berusaha membangkitkan
kemantangan ini dan sentiasa mempertingkatkan kualiti kemantangan kita.
...Hah sekarang sudah jumpa..
1.Bergaul dengan orang yang jauh lebih dewasa
Kita tidak akan matang sekiranya hanya berkawan dengan rakan
yang sebaya dengan kita sahaja.Keluarlah dari kepompong dan bergaullah dengan
orang sekeliling yang berbeza level dengan kita.Ambil teladan yang baik
daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain.
2.Merubah gaya ber SMS
Elakkan bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak
sudah makan?,makan apa?”,“awak betul-betul sayang saya?”atau soalan yang
ekstrem seperti “apa nama anak sulung perempuan kita nanti?”,dan
sebagainya.Zaman bercinta monyet di sekolah dahulu bolehlah sebabnya waktu itu
nak eja nama pun belum tentu tahu lagi.Inikan pula nak memahami maksud dan
nilai CINTA...*___*
3.Belajar daripada pengalaman
Orang tua pernah berkata “Pengalaman mematangkan lagi
seseorang”.Ya,betul! Setiap orang mengalami pengalaman berbeza.Cuba ambil
masa untuk muhasabah diri dan ingat kembali apa kesalahan dan kesilapan yang
kita telah lakukan dengan cinta kita dahulu.Cuba perbaiki diri kita untuk
menjadi sang pencinta yang baik.
4.Elakkan daripada bercinta 24 jam
Bukan kita seorang sahaja yang dilamun cinta.Dan jangan
disebabkan cinta,tanggungjawab kita sendiri diabaikan.Kita bukan lagi di
peringkat sekolah rendah.Tanggungjawab meningkat selaras dengan peningkatan
usia.Sesekali ambil masa untuk SMS si dia diwaktu rehat tidak salah cuma bukan
24 jam berSMS.INGAT..^__^
5.Ubah penampilan diri
Kalau dahulu,kita mungkin tidak mengendahkan penampilan kita
setiap kali keluar bersama terutamanya lelaki.Dengan memakai tshirt round-neck
yang bergambar ‘hantu’ditambah dengan jeans yang berkoyak-koyak di bahagian
lutut.Bagi wanita pula, cuba berpakaian lebih sopan dan menutup aurat. Barulah
nampak lebih AYU...*____*
6.Tahu yang mana serius,yang mana gurauan
Kita sering terbawa-bawa perangai dan sikap semasa kecil
iaitu sentiasa inginkan gelak dan bergembira ke dalam bercinta.Ya,tidak
dinafikan semua orang inginkan kecerian yang diriingi gelak tawa dalam
perhubungan tetapi anda perlu menjaga batasnya.Anda perlu tahu bahawa ada
masanya untuk bergembira dan adanya untuk menjadi lebih serius dalam bercinta.
7.Menambah ilmu
Tidak dinafikan ilmu pengetahuan ialah elemen penting yang
membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu ke arah yang lebih baik.Ilmu
akademik mahupun kerohanian adalah sama penting dan perlu
dititikberatkan.Menonton rancangan bercirikan ilmiah atau dokumentari di
televisyen juga salah satu bentuk pendidikan.
Itu yang Biela search dekat Mr.google la...Tapi bagi Biela
apa yang penting kita mesti saling percaya mempercayai sesama pasangan.Jangan
asyik fitnah tanpa bukti.Elakkan bejumpa selalu.Jikalau kita tidak selalu
keluar bersama,ini akan meningkatkan lagi kerinduan
masing-masing.Ermmm...korang ada nak tambah apa-apa?? Silakan..
WASSALAM
http://misszbiela.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan