Isnin, 31 Mac 2014

Resepi Sihat - Kerabu Udang Thai

Resepi Sihat dan Kerabu Udang Thai. Ermmm dengar nama resepi sihat kali ni je, dah terliur. Tu belum makan lagi kan ;-)
resepi sihat
Umum dah mengetahui menu masakan kerabu adalah resepi sihat dan amat menyelerakan. Jadi kali ini, Anne nak kongsikan resepi sihat iaitu Kerabu Udang Thai.


Sebelum tu untuk pengetahuan kita, udang adalah merupakan sumber protein yang baik untuk tubuh badan kita kerana ia mengandungi Omega 3, Vitamin B12, Niacin dan juga zat besi, tembaga serta zink.


Ramai yang beranggapan bahawa udang mempunyai kolesterol yang tinggi, tapi ini adalah mitos semata-mata. Malah satu kajian pada tahun 1996 yang telah dijalankan oleh American Journal of Clinical Nutrition membuktikannya.

resepi sihat
Mereka dapati dan menunjukkan bahawa kolesterol di dalam udang sebenarnya tak berikan kesan buruk terhadap tubuh badan ataupun menjejaskan kesihatan seseorang itu.

Malah kolesterol yang terdapat dalam udang adalah kolesterol baik dan berguna. Kolesterol di dalam darah manusia terbahagi kepada dua, iaitu LDL dan HDL. Masing-masing punyai fungsi untuk kebaikan tubuh badan kita.

Kolesterol ‘baik’ iaitu ‘HDL’ akan meningkat dalam darah, jika dibandingkan dengan kolesterol ‘tak baik’ iaitu ‘LDL’ . Lemak di dalam udang pula adalah baik dan berguna untuk kolesterol tubuh badan kita.

Jadi marilah kita dapatkan bahan dan cara penyediaan resepi sihat iaitu Kerabu Udang Thai.

Bahan-bahan:
  • 200 gm Udang
  • 2 biji Cili Merah
  • 2 batang Serai
  • 1 biji Tomato
  • 3 helai Daun Limau Nipis
  • 1 biji Limau Nipis
  • 1 sudu Sos Ikan
  • Sedikit Gula
resepi sihat
Cara-cara Penyediaan:
1. Rebuskan udang.
2. Potongkan cili merah & batang serai.
3. Dan kemudian potongkan dadu tomato.
4. Daun limau nipis pula di hiris halus.
5. Juga limau nipis, di perah dan di ambil jus saja.
6. Sekarang kita boleh masukkan sos ikan, jus limau nipis dan gula ke dalam mangkuk.
7. Campurkan sehingga rata dan sebati.
8. Selepas itu, kita masukkan bahan-bahan yang telah kita potong tadi seperti serai, tomato, daun limau nipis, cili merah dan udang yang telah di rebus tadi.
9. Gaulkan semuanya hingga rata & ianya telah pun siap.
10. Boleh dihidangkan untuk di makan.
 http://annehashim.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...