23/01/2014 : 3 Tahun 1 Bulan
Seorang hamba Allah pernah cakap dekat saya “Beruntunglah orang yang diberikan hidayah oleh Allah, sebab bukan semua orang dapat..”
Ya, saya bersyukur. bersyukur sebab saya adalah antara hamba Allah yang dapat hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Dulu saya tak patuh perintah Allah,
banyak sangat langgar perintah Allah. Walaupun mak dan abah selalu pesan
dekat diri saya supaya patuh dengan perintah Allah, tapi saya degil.
Dan.. Takdir Allah telah tertulis bahawa saya akan kehilangan seorang sahabat yang sangat saya sayang pada 3 tahun lepas.
Pertemuan yang mencairkan hati
Kisahnya bermula di waktu saya leka
dengan kehidupan dunia.. Allah pertemukan saya dengan seorang hamba
Allah, iaitu seorang Adam. Bila terpandangkan wajah beliau, sejuk rasa
hati saya.
Kami jadi rapat & saya selesa
berkawan dengan beliau kerana sikapnya yang selalu menasihati saya
tentang hal agama. Kadang-kadang saya tertanya dalam diri, dalam
banyak-banyak wanita, kenapa mesti saya?
Maksud saya, kenapa beliau memilih saya sebagai kawan rapat?
Beliau seorang yang berilmu, mempunyai
ilmu agama yang tinggi sedangkan saya ketika itu tidak menutup aurat
dengan sempurna, tidak tinggi ilmu agama & memang ketara saya dengan
beliau sangat berbeza.
.
Perhubungan Mula Renggang
Tapi.. Takdir Allah mengatasi segalanya, satu peristiwa terjadi (tak perlu saya beritahu apa) dan kami jadi renggang.
Saya bagaikan hilang arah
selepas saya kehilangan beliau di sisi. Macam-macam perasaan dalam hati
saya ini. Sedih, sebak, rindu. Saya selalu cakap saya redha dengan
semua ini tapi kadang-kadang saya rasa saya tak redha pun sebenarnya,
saya cuma PASRAH.
Lebih kurang 2 bulan selepas kehilangan dia, tiba-tiba ada satu aura dan semangat yang muncul dalam diri saya.
Ya, semangat untuk mengubah diri saya menjadi lebih baik. Bila saya ingat nasihat-nasihat beliau, saya akan jadi bersemangat.
Saya cakap dengan diri saya sendiri “walaupun
tanpa dia di sisi, aku kena teruskan hidup. aku tidak mahu kembali
kepada aku yang dulu. Kalau aku kembali kepada diri aku yang dulu,
maknanya aku telah tewas. Allah akan murka terhadap aku dan hamba Allah
yang membantu aku berubah itu pun pasti sedih..“.
.
Cuba positif dengan kejadian yang berlaku
Saya cuba fikir positif, mungkin Allah
pertemukan saya dengan beliau hanya untuk bantu saya berubah. Saya kena
bersyukur walaupun sedetik cuma.
Selepas daripada insiden itu, saya mula berhijab. Walaupun tak sempurna sepenuhnya, tapi saya belajar sikit sikit untuk berubah.
Saya rajin ke kedai buku dan cari
buku-buku agama, saya dengar ceramah orang yang berilmu seperti Ustaz
Azhar Idrus, Ustaz Don, Kak Dina (Wardina), Kak Ija (Heliza), Kak Nana
(Diana Amir) dan ramai lagi, saya pergi kuliah di masjid, saya kawan
dengan orang yang baik-baik.
Saya mula labuhkan tudung menutupi dada dan saya mula pakai stokin.
Saya belajar erti redha dengan ketentuan Allah.
Kalau rasa rindu menerjah, saya hanya membiarkan pena menulis rasa hati saya waktu itu di dalam buku. Biarlah perasaan itu terbuku di hati.
Saya selalu ingatkan diri saya tentang
mati. andai kata nyawa saya dicabut ketika saya sedang nyenyak tidur
sebelum sempat bertaubat, apa akan jadi dengan nasib saya di akhirat
kelak?
Saya taknak masuk neraka jahannam. NAUZUBILLAH.
.
Dan Alhamdulillah.. setelah 3 tahun 1 bulan. Inilah saya..
Inilah saya sekarang, yang sedang menaip
entri ini. Syukur kepada Allah, saya masih mencuba untuk menjadi
muslimah yang sejati. Bila kita cuba untuk berubah jadi lebih baik,
Allah akan permudahkan..
Allah akan hantar orang-orang yang baik
kepada kita untuk memudahkan proses perubahan kita itu. Saya tidak
pernah berhenti bersyukur sebab Allah beri saya hidayah.
Ada orang dapat hidayah untuk berubah
setelah dapat mimpi, kemalangan dan lain-lain. Tapi saya berbeza. Allah
pertemukan saya dengan seseorang dan saya kehilangan dia.
Kehilangan itu bukan melemahkan, malah menguatkan!
Saya belajar sesuatu, bila kita hilang seseorang, ia bukan mengajar kita erti lemah atau kecewa.
Tapi ia mengajar kita kuat.
Kuat untuk menghadapi kehilangan itu.
andai kita lemah dan terlalu melayankan sangat perasaan kehilangan itu,
kita akan jatuh tersungkur.
Tapi andai kita belajar dari kesilapan yang lalu dan muhasabah diri sendiri, in shaa Allah.. Allah bantu kita merawat luka di hati
.
Kawan-kawan saya ramai yang
‘heartbroken’ lepas itu mengadu dekat saya yang ‘heartbroken’ penyakit
yang tiada ubat dalam dunia ini.
Saya nak kongsi dengan anda apa sahabat
saya cakap dekat saya dulu waktu saya tengah sakit hati, sakit jiwa.
“Siapa cakap sakit hati tiada ubat?
Ada.. KEMBALI KEPADA ALLAH.
Allah yang ciptakan rasa sakit hati dan
kecewa itu, dan Dia juga lah yang akan bantu kita selesaikan semua
permasalahan itu, in shaa Allah”.
Jadinya, siapa kata ‘heartbroken’ tiada ubat? :)
.
Saya redha dengan “KEHILANGAN” ini.
Saya anggap ia satu ujian daripada Allah
untuk saya. saya redha. Saya mendapat berita bahawa sahabat saya itu
akan bernikah pada bulan Februari nanti.
Alhamdulillah. Untukmu sahabatku, di
mana jua awak berada.. doa saya sentiasa mengiringi awak. saya doakan
awak bahagia di dunia & juga di akhirat. In shaa Allah sampai ke
syurga.
Terima kasih untuk segalanya, jasa baik
awak membantu saya berubah, saya tidak akan dapat membalasnya kerana
terlalu besar nilainya tetapi hanya Allah yang mampu dan layak
membalasnya. Barakallahu Fik. :)
.
Ambil masa duduk bersendirian & Muhasabah
Kadang-kadang dalam hidup ini, kita kena
ambil sedikit masa untuk duduk bersendirian dan muhasabah diri sendiri.
Selama kita hidup, apa yang kita buat?
Ada tak kita sedekah, berbakti kepada
kedua ibu bapa, patuh kepada perintah Allah? Ada tak kita maafkan orang
& minta maaf dekat orang sebelum kita tidur?
.
Muhasabah diri itu perlu untuk menjadikan kita insan yang lebih baik.
Alhamdulillah, saya rasa sangat bahagia dengan kehidupan sekarang. Saya ada Allah yang sentiasa di sisi saya.
Saya tidak keseorangan. “Andainya manusia tahu akan kemanisan iman, pastinya kemanisan dunia akan terhapus”.
Kita selalu cakap kita nak suami isteri
yang soleh solehah. Tapi, pernah tak kita cuba untuk mengubah diri jadi
soleh dan solehah?
Yakinlah akan janji Allah, orang yang
baik untuk orang yang baik & begitulah sebaliknya. Kalau kita nak
orang yang baik, kita sendiri perlu mengubah diri kita jadi lebih baik.
Kalau tak, macam mana Allah nak bagi kita orang yang baik?
Lagi satu, berubahlah kerana Allah,
bukan kerana manusia. Sebab kalau kita berubah kerana manusia, ianya
adalah bersifat sementara.
Tetapi kalau kita berubah kerana Allah, in shaa Allah ia kekal selamanya.
Kepada sahabat-sahabat saya yang sedang
berjuang ke jalan Allah, saya doakan kita semua berjaya dan dapat
bertemu berpimpin tangan ke Jannah Allah..
Dan buat sahabat-sahabat saya yang masih
tercari-cari erti hidup berlandaskan syariat Allah ini, saya doakan
semoga anda semua memperoleh hidayah & rahmat dari Allah. Amin Ya
Rabbal Alamin.
Sesungguhnya hidayah Allah itu
terbentang luas, raih lah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita. Kepada
kaum muslimah, jom kita hijabkan diri, hijabkan hati!
Tahu tak wanita yang memakai hijab sangat cantik? SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH.
HIDAYAH ALLAH KITA KENA CARI, IA TAK DATANG BERGOLEK. REMEMBER.
Daripada Rasulullah S.A.W: “Jika kita mengejar dunia, dunia akan lari meninggalkan kita. Tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan sujud pada kita.”
Sama-samalah kita renungkan…
Akhir sekali, saya minta maaf andai
entri saya ini mengguris hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik datang
daripada Allah dan yang buruk datang daripada diri saya sendiri.
Wassalam.
YA ALLAH, ISTIQAMAHKANLAH PERASAAN INI.
ya-yannnn.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan