Dalam dunia ini ada beribu-ribu jenis
penyakit.Belum pun satu penyakit itu ditemui penawarnya,muncul pula
penyakit lain.Kita patut berterima kasih kepada para saintis di seluruh
dunia kerana bertungkus lumus mencari ubat bagi setiap penyakit,walaupun
mungkin tidak menyembuhkan sepenuhnya,tetapi sekurang-kurangnya memberi
kesan kelegaan.
Supaya kita semua lebih berjaga-jaga dan lebih prihatin terhadap
kesihatan sendiri,ini dia 5 senarai penyakit yang belum ada rawatan yang
mampu menyembuhkan sepenuhnya.Tujuan posting ini bukan untuk
menakut-nakut pembaca ya,tetapi supaya kita memberi lebih perhatian
terhadap tubuh kita sebab sebahagian daripada penyakit tersebut berpunca
dari diri sendiri.
1.AIDS
AIDS bermaksud Acquired Immune Deficiency Syndrome .Penyakit ini
disebabkan oleh virus HIV(Human Immunodeficiency Virus).Virus ini akan
melumpuhkan sistem antibodi tubuh,menyebabkan kita terdedah kepada
pelbagai penyakit.AIDS itu sendiri tidak membunuh,tetapi penyakit yang
berkerumun menimpa kita selepas dijangkiti HIV itu yang membunuh.
2.DIABETES
Diabetes atau kencing manis merupakan antara penyakit yang popular di
Malaysia,dan malang sekali tidak ada rawatan yang mampu menyembuhkan
penyakit ini secara total buat masa ini.Walaubagaimanapun,kepada mereka
yang ada Diabetes,jangan putus asa,sebab kesannya masih boleh dikawal
dengan senaman,pengambilan makanan yang teratur dan berkhasiat serta
ubat(bukan menyembuhkan,hanya mengawal kesannya)
3.ALZHEIMER
Alzheimer ialah sejenis penyakit yang dikategorikan dalam penyakit
mental.Pesakit Alzheimer akan mengalami masalah pemikiran,tabiat dan
memori.Tidak ada rawatan untuk penyakit ini,lebih-lebih lagi ia selalu
menyerang mereka yang berumur 60 tahun keatas,tetapi ada juga kes
pesakit yang lebih muda dari itu.
4.PARKINSON
Penyakit Parkinson berlaku disebabkan kerosakkan pada sistem saraf
pusat.Pesakit akan mengalami keadaan menggeletar yang tidak
terkawal,pergerakkan jadi perlahan dan sukar mengimbang badan.Parkinson
dialami oleh setiap seorang daripada 100 orang yang berumur 60 tahun ke
atas di seluruh dunia.
5.ASMA
Asma ialah sejenis penyakit paru-paru akibat radang atau penguncupan
saluran pernafasan,menyebabkan si pesakit tercungap-cungap,sukar
bernafas.Belum ada ubat untuk Asma yang terbukti mampu menyembuhkan
100%.Punca Asma juga masih belum dapat dipastikan tetapi dipercayai
disebabkan keturunan.
Sekian senarai 5 penyakit yang tidak dapat disembuhkan.Tapi semuanya tak
mustahil untuk sembuh kalau Allah izinkan. Marilah kita sama-sama
menjaga kesihatan dimasa muda ini supaya bahagia di hari tua kelak... :)
pen patah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan