Ahad, 23 Mac 2014

Misteri Kapal-kapal Yang Hilang Di Segitiga Bermuda

Kehilangan pesawat-pesawat dan kapal laut di Segitiga Bermuda merupakan misteri kehilangan yang sukar untuk dibuktikan.


Misteri Segitiga Bermuda  

Ini adalah sebahagian daripada pesawat-pesawat dan kapal-kapal laut yang hilang secara misteri di Segitiga Bermuda.

Pesawat Star Tiger, tanpa sebab yang jelas dan tidak pernah menghantar sebarang laporan, tiba-tiba lenyap dalam perjalanan ke Segitiga Bermuda. Padahal sebelum itu, juruterbang telah mengumumkan bahawa sebentar lagi mereka akan mendarat di tempat yang dituju tanpa sebarang halangan.




Pesawat DC-3 dengan 35 orang penumpang hilang dalam jarak 80 km ke selatan Miami, tidak jauh dari Bermuda.

Pesawat Star Areal yang hampir sama dengan pesawat Star Tiger, berangkat untuk meninqgalkan Bermuda. Juruterbang mengumumkan bahawa cuaca sangat baik ketika itu. Malangnya, pesawat tersebut tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan bangkainya sehingga hari ini.

Sebuah kapal laut yang bernama Mary Silhouet, ditemui sedang terapung-apung di tengah laut Bermuda dalam keadaan kosong. Penumpangnya adalah seorang paderi dengan isteri dan seorang anak serta lapan orang kelasi kapal.

Kapal Carol Darling mendekati pantai Carolina Utara tanpa seorang pun penumpang kecuali dua ekor kucing. Manakala kelasi kapal seramai 12 orang hilang tanpa jejak. Kapal tersebut dalam keadaan baik dengan enjinnya masih befungsi.

Yang aneh dalam peristiwa ini adalah di kapal itu terdapat sebuah meja makan dengan sisa-sisa makanan yang masih belum dibersihkan. Nampaknya, satu kejadian misteri telah berlaku dengan tiba-tiba.

Kapal Houwitz tiba-tiba hilang bersamaan dengan peristiwa yang menimpa kapal Carol Darling. Kejadian berlaku dalam waktu dan tempat yang sama. Kerajaan Amerika Syarikat yakin bahawa kejadian yang menimpa dua kapal itu adalah disebabkan oleh lanun.

Kapal Syklob, sebuah kapal paling besar milik Amerika Syarikat tiba-tiba hilang di Segitiga Bermuda. Kerajaan Amerika merasa hairan bagaimana kapalnya hilang begitu saja tanpa sebarang kesan. Padahal kapal lersebut berlayar dalam cuaca yang amat baik dengan 300 orang anak kapal.

Sekiranya kapal itu mengalami kesukaran ataupun gangguan, sudah tentu mereka akan mengirimkan berita ataupun meminta bantuan kerana kapal itu dilengkapi dengan radar dan alat-alat komunikasi yang canggih.


TBFAvenger-Bermudatriangle  

Lima pesawat tempur Amerika jenis TTB3O Finger bertolak dari pangkalannya di Lorderdile, Florida. Kelima-lima pesawat itu terbang untuk meronda dan melakukan misi menyelamat kapal-kapal yang mengharungi lautan. Misi tersebut selesai pada jam tiga petang. Ketika itu ketua ekspedisi, Leftenan Charles Tylor memberi arahan untuk kembali ke pangkalan.

"Di sini Leftenan Charles Taylor, anda dapar dengar? Kami kehilangan petunjuk untuk kembali, kami tersesat. Saya tidak dapat melihat daratan! Saya tidak tahu arah Barat. Semua yang ada di sekitar saya kelihatan aneh dan kami tidak mengenali kawasan di mana kami berada sekarang... nampaknya...nampaknya...nampaknya..."

Menara pengawasan di Lorderdile Florida mendengar suara ketua ekspedisi Charles Taylor. Teks ucapannya yang dapat dirakam berbunyi: penyelamat itu tiba di tempat tujuan, tiba-tiba pesawat penyelamat itu hilang secara misteri tanpa dapat dikesan sedikit pun.

Dengan itu lima pesawat peronda ditambah sebuah pesawat penyelamat yang membawa 13 pakar penyelamat hilang secara tiba-tiba di Segitiga Bermuda.

Kerajaan Iblis

Misteri Segitiga Bermuda - Kerajaan Iblis  

Demikianlah antara peristiwa misteri yang berlaku di Segitiga Bermuda. Sehingga dikenali juga dengan sebutan 'Kubur Atlantik' walaupun pelbagai kajian telah dilakukan untuk mengungkapkan misteri Segitiga Bermuda.

satu perkara yang sering dilupakan oleh para pengkaji adalah bahawa di Segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan makhluk ghaib serta markas kejahatan.

Menurut pangakuan jin Musthafa kepada Muhammad Isa Dawud, masyarakat jin adalah masyarakat yang sangat maju dan memiliki peradaban yang amat tinggi jauh meninggalkan kecanggihan yang dimiliki masyarakat manusia, khususnya dalam menggali dan mengolah benda-benda alam.

Bahkan mereka telah berjaya mencipta barangan hasil perlombongan yang menggunakan emas dan tembaga lalu menghasilkan suatu benda bermutu tinggi dengan menggunakan kaedah yang tidak mungkin dapat dilakukan manusia, kecuali di masa Nabi Sulaiman a.s. Jin Musthafa juga telah berkata kepada Muhammad Isa Dawud, “Aku mahu menyampaikan suatu berita yang sangat penting."

“Di Segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan makhluk ghaib dan markas kejahatan. Di tempat itu juga terdapat singgahsana pusat kerajaan Iblis".

Inggeris dan Jerman

Misteri Segitiga Bermuda Satellite  

Inggeris dan Jerman berhajat untuk membongkar rahsia Segitiga Bermuda. Mereka mencipta satelit khusus untuk mengkaji keajaiban Bermuda, di samping satelit-satelit yang telah mereka lancarkan sebelum itu.

Namun, mereka tidak berjaya membongkar rahsia Bermuda. Sebabnya, keajaiban yang ada di sana bukanlah keajaiban yang dapat dilihat dengan mata kasar mahupun oleh teknologi canggih manusia.

Sebab di sana terdapat sebuah kerajaan Iblis yang sudah sangat tua usianya. Bagaimanapun mereka tidak akan membahayakan sesiapa saja yang tunduk dan percaya kepada Allah.

Hanya Allah S.W.T dan orang yang dikehendakiNya yang tahu. Kita sebagai insan yang lemah dan kurang pengetahuan harus mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku.

-Sentiasapanas.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...