Kebahagiaan, apakah pandangan anda? Umumnya kita melihatnya
sebagai keupayaan memiliki rumah idaman, kereta, TV, pakaian berjenama dan masa
yang riang bersama kawan-kawan dan keluarga. Selain itu kebahagian juga
dientreptasi sebagai kemampuan untuk menyuarakan idea tanpa halangan, melakukan
ritual agama masing-masing tanpa masalah dan berasa selamat dimana jua berada.
Walau apa pun sekali idea mengenai kebahagiaan, selalunya kebahagiaan berpaksikan kepada
sihat tubuh badan, cukup bekalan makanan untuk diri sendiri dan keluarga, cukup
duit untuk membuat apa yang dimahukan dan membeli apa sahaja yang diinginkan.
Untuk ini, 6 tahun yang lalu, penyelidik dari Legatum Institute of
London telah melakukan kajian untuk menyenaraikan 10 negara paling bahagia pada
akhir tahun 2012 seperti dibawah. Namun mereka menyatakan juga bahawa erti
kebahagiaan itu sangat kompleks kerana ia bergantung kepada banyak sangat
faktor dimana faktor-faktor ini juga saling berkait rapat antara satu sama
lain.
10. IRELAND
9. SWITZERLAND
8. NETHERLANDS
7. FINLAND
6. CANADA
yellowcatch
Tiada ulasan:
Catat Ulasan