"Sebaik-baik wanita
adalah yang jika engkau melihatnya, akan membahagiakan dirimu, jika
engkau memerintahnya akan mentaatimu dan jika engkau tidak berada di
sisinya dia akan menjaga hartamu dan dirinya sendiri."(HR. Ibnu jarir
dan Nasa'i)
Dalam berumah tangga,
seorang isteri menjadi bidadari untuk suaminya agar senantiasa dicintai
dan disayangi suami. Bertanggungjawab menjadikan rumah tempat tinggal
keluarga menjadi syurga bagi suami dan anak-anak.
Oleh kerana itu, untuk
mengelakkan hal-hal yang tidak diingini berlaku dalam berumah tangga,
seorang isteri solehah haruslah boleh menjadi bidadari bagi suaminya
dengan cara:
1. Melegakan hati bila
melihat. Hal tersebut terdapat dalam hadits Ibnu Majah dari sahabat Abu
Umamah Al-Bahily: "Bagi seorang mukmin lelaki, sesudah taqwa kepada
Allah, maka tidak ada sesuatu yang paling berguna bagi dirinya, selain
isteri yang solehah, iaitu taat bila diperintah, melegakan bila dilihat,
menerima bila diberi janji dan menjaga kehormatan dirinya dan suaminya
ketika suaminya pergi." (HR. Ibnu Majah)
2. Boleh diberi amanah.
Rasulullah saw bersabda: "Ada tiga macam keberuntungan, iaitu yang
pertama isteri solehah, kalau kamu lihat melegakan dan kalau kamu
keluar, dia amanah serta menjaga kehormatan dirinya dan hartamu..... " (
HR. Hakim )
3. Isteri solehah mampu
memberikan suasana teduh dan ketenangan berfikir dan berperasaan bagi
suaminya. Allah SWT berfirman,''Di antara tanda kekuasaan-Nya, iaitu Dia
menciptakan pasangan untuk diri kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu
dapat memperoleh ketenangan bersamanya. Sungguh di dalam hati yang
demikian itu merupakan tanda-tanda (kekuasaan) Allah bagi kaum yang
berfikir.'' (QS Ar Rum: 21).
4. Membantu memelihara
akidah dan ibadah. "Barang siapa diberi oleh Allah isteri yang solehah,
maka sesunggunya dia telah diberi pertolongan oleh Allah meraih separuh
agamanya. Kemudian hendaklah dia bertakwa kepada Allah di dalam
memelihara separuh lainnya." (HR. Thabrani dan Hakim)
Itulah beberapa tugas
isteri solehah agar menjadi bidadari untuk suaminya, tidak hanya
bidadari untuk suami tapi juga bidadari di syurga.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan