Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum ‘Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.
Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan
melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat
penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai
hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi
meyakini penemuan ini adalah kaum ‘Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.
Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.
Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah ‘super impose’. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?
Penemuan Arkeologi di Kota Iram
Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan “Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui”, “Kota Legenda Arabia Ditemukan”, “Ubar, Atlantis di Padang Pasir.” Yang
membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa
bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu
beranggapan bahawa kaum ‘Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran
hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan
pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas
penemuan ini.Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam
cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang
sangat mendalam.
Nicholas Clapp, seorang arkeologi amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai
seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp
telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya
tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada
tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan
semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian
besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini “Eudaimon Arabia”. Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai “Al-Yaman As-Sa’idah” 20.
Semua nama tersebut bermaksud “Arabia yang Beruntung “, kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?
Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang
strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India
dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu,
orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan
“frankincense” sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat
disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam
berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.
Thomas memaparkan tentang suku-suku yang “beruntung” ini dengan
panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar
purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan “Ubar”. Pada
salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang
hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan
bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang
sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.
Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar
yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan
penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara.
Pertama, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia
meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk
menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang
panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret
daerah tersebut.
Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di
perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan
peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia
menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis
oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta
ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut
dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.
Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan
pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di
lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh
dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan
membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya
Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua
sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit.
Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang
ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.
Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita
lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian
bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun
pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai “Ubar, Atlantis di Padang Pasir”.
Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran?
Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang
hancur ini adalah milik kaum ‘Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang
disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang
di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam
Al-Quran.
Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin
penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai
bentuk khas bandar ‘Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai
menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat
setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum ‘Ad
yang disebutkan dalam Al Quran:
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat
terhadap kaum ‘Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai
bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota)
seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)
sumber: kisahbest.my/amekaw
Tiada ulasan:
Catat Ulasan