TENTU kita pernah mendengar ungkapan, ‘Apa Ada Pada Nama’
bukan??? Telah terbukti bahawa nama amat penting dalam memain peranan
terhadap diri seseorang individu/insan.Dalam program Tanyalah Ustaz, di
TV9, Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan
nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin.Walaupun sebutan
nama-nama berkenaan sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman
beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan
gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit
misteri kepada seseorang.Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini
untuk dinamakan pada anak-anak :
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya
Peringatan dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang
mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu untuk menukarkan nama
tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan. Sebagai contoh, kalau
nama NUR NAJWA. Kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok
ditukarkan kepada Nur saja.Sesungguhnya segala macam penyakit sama ada
sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari
nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya jua…
Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah dia selalu
jumpa kes-kes pesakit yang datang untuk buat rawatan, pesakit itu
namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas. [SUMBER]Sebab itulah
dia menasihatkan kalau boleh elakkan memberi nama anak seperti nama anak
yang selalu dipakai jin, walaupun tidaklah salah apatah lagi berdosa
memakai nama tersebut…
Sumber : umfabolous belog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan