Sudahkah anda berselawat kepada baginda
Nabi SAW? Belum? Jom sama-sama kita sebut Baginda Shallallaahu Alaihi Wa
Aalihi Wasallam.
Jika saudara sedang tercari-cari buku
untuk dibaca saya recomendkan buku ini “AMALAN DIJAMIN KE SYURGA oleh
RASULULLAH”. Buku ini disusun oleh Hj. Ahmad Haris Suhaimi.
Penyampaiannya
sangat menarik dan mudah difahami. Lebih menarik lagi buku ini
mengumpulkan amalan-amalan yang dijamin syurga oleh Nabi Shallallaahu
Alaihi Wa Aalihi Wasallam. Setiap yang dibincang disertakan rujukan
hadis-hadisnya bagi menyenangkan pembaca.
Salah satu hadis yang ingin saya kongsi kepada pembaca dari pos kali ini ialah berkaitan Hadis Riwayat Iman Tarmizi:
“TIDAK MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS DISEBABKAN TAKUT KEPADA ALLAH”
Maknanya akan masuk Syurgalah.
Pernahkah saudara menangis kerana insaf
atau takut mengenangkan dosa-dosa? Memang sukarkan. Hanya orang yang
mempunyai hati yang lembut dan dekat dengan penciptaNya sahaja akan
mengalir air mata bila terkenangkan dosa-dosanya.
Malangnya ramai di kalangan kita
sekarang yang sangat senang menangis TAPI tidak pada tempat yang
sepatutnya. Bila tengok cerita sedih senang je air mata mengalir. Bila
tonton akademi fantasia, popstar, atau realiti TV, free -free je air
mata menangis. Pelik sungguh kita zaman sekarang ni. Bila baca Quran
langsung tak rasa nak menangis…mungkin hati kita keras…keras disebabkan
dosa-dosa yang banyak. Astarfirullah!
Cuba baca cerita berikut, mudah-mudahan
hati kita yang angkuh itu akan tersentuh dan mengalirlah air mata.
Cerita ni saya petik dari buku yang saya sebut di atas tu. Belilah buka
ni untuk mengetahui lebih banyak lagi berkaitan bagaimana cara nak
merawat hati yang keras.
KISAH SI KECIL
Suatu hari si kecil, Ita terjumpa
sebatang paku karat, dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya,
tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan.
Dicubanya pada kereta baru abahnya, oleh kerana kererta bewarna gelap,
lakaranyan jelas. Apa lagi Ita pun melakarlah melahirkan kreativitinya.
Hari itu ibu dan bapanya bermotorsikal ke tempat kerja kerana laluannya
sesak sempena perayaan Thaipussam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke
sebelah kiri kereta pula. Dilakarnya gambar ibu dan ayah, gambarnya
sendiri, kucing dan ayam kesayangannya. Kejadian itu langsung tak
disedari oleh si pembantu rumah.
Pulang petang terkejut besar pasangan
itu melihat kereta yang baru setahun dibeli habis bercalar. Si bapa
terus menjerit “siapa punya kerja ni?” Pembantu rumah tersentak dengan
jeritan itu lalu berlari keluar. Dia juga beristighfar..dan ketakutan.
Sekali lagi ditanya kepadanya…’Tak tahu… saya tak tahu tuan’ ‘ Duduk
dirumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat? herdik si isteri.
Tiba-tiba si kecil keluar mendengar
suara ayahnya. Dengan penuh manja si kecil berkata: ‘itu ita buat
ayah…cantikkan!’ sambil menerkam si ayah kerani ingin bermanja.
Si ayah hilang sabar merentap ranting
kecil pokok bunga raya di depan rumahnya, terus dipukul bertalu-talu
tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong
kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah
memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri,
mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu
rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat
sedih, namun dia sangat takut.
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan kemudian tangan kirinya. ….dipendekkan cerita.
Keesokan harinya, kedua-dua tangan si
kecil membengkak. Si pembantu mengadu ‘Sapukan minyak gamat tu’ balas si
bapa tanpa mahu melihat dan melayan si anaknya. Hatinya masih geram.
Tiga hari berlalu si ibu dan si ayah tak
mahu menjenguk si anak walaupun si pembantu rumah mengadu dia deman.
‘Bagi minum panadol tu’ balas si ibu.
Hari ke empat, pembantu rumah mengadu
Ita deman teralalu panas. ‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5
siap kata majikan’nya.
di pendekkan cerita….doktor memanggil si
bapa “TIADA PILIHAN…kata doktor, demi nyawanya kedua-dua tangan si Ita
mesti dipotong dari paras siku ke bawah’
Si ibu terketar-ketar mendengar kata-kata itu.
Dipendekkan cerita lagi….selepas
pembedahan si anak kesakitan. ‘Abah..mama..Ita tak buat lagi. Ita tak
mau ayah pukul, Ita tak mahu jadi jahat. Ita sayang abah…sayang mama, ….ABAH..BAGILAH BALIK TANGAN ITA. BUAT APA AMBIK…ITA JANJI TAK BUAT LAGI’
Ita nak makan macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi katanya
bertalu-talu…..BELILAH BUKU TERSEBUT untuk tahu kesudahan ceritanya dan
banyak lagi perkara-perkara yang menarik yang boleh membawa ke Syurga.
Mudah-mudahan cerita ini menyentuh hati saudara-saudara yang keras tu…dan MENANGGIS
http://bicarasantai.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan