Pada sebuah kajian ilmiah yang diberitakan oleh sebuah majalah sains
terkenal, Journal of Plant Molecular Biologies, menyebutkan bahawa
sekumpulan ilmuwan yang mengadakan penyelidikan mendapati ada suara halus yang keluar dari sebahagian tumbuhan yang tidak boleh didengar oleh telinga biasa. Suara tersebut berjaya disimpan dan dirakam dengan sebuah alat perakam tercanggih yang pernah ada.
Para saintis selama hampir 3 tahun meneliti fenomena yang mengejutkan
ini berjaya menganalisis denyutan atau detik suara tersebut sehingga
menjadi isyarat-isyarat yang bersifat cahaya elektrik (kahrudhoiyah)
dengan sebuah alat canggih yang bernama Oscilloscope. Akhirnya para
saintis tersebut boleh menyaksikan denyutan cahaya elektrik itu berulang
lebih dari 1,000 kali dalam satu saat!
Prof. William Brown yang mengetuai para pakar sains untuk mengkaji
fenomena tersebut mengisyaratkan setelah dicapainya hasil bahawasanya
tidak ada penafsiran ilmiah atas fenomena tersebut. Padahal seperti
diakui oleh sang profesor bahawa pihaknya telah menyerahkan hasil kajian
mereka kepada universiti-universiti serta pusat-pusat kajian di Amerika
juga Eropah, akan tetapi semuanya tidak mampu menafsirkan fenomena
malah semuanya tercengang tidak tahu harus mengulas apa.
Pada kesempatan terakhir, fenomena tersebut dihadapkan dan dikaji oleh
para pakar dari United Kingdom, dan di antara mereka ada seorang ilmuwan
muslim yang berasal dari India. Selepas 5 hari mengadakan kajian dan
penyelidikan ternyata para ilmuwan dari UK tersebut angkat tangan. Sang
ilmuwan muslim tersebut berkata: "Kami umat Islam tahu tafsir dan makna
dari fenomena ini, bahkan semenjak 1,400 tahun yang lalu!"
Maka para ilmuwan yang hadir pun tersentak dengan pernyataan tersebut,
dan memintanya untuk menunjukkan tafsir dan makna dari kejadian itu.
Sang ilmuwan muslim segera membaca firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
وإن من شيء إلا يسبح بحمده ولكن لا تفقهون تسبيحهم إنه كان حليما غفورا
"... Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun." (Surah Al-Isra ' : 44)
Tidaklah suara denyutan halus tersebut melainkan lafaz jalalah (nama
Allah) sebagaimana kelihatan dalam skrin. Maka keheningan dan kehairanan
yang luar biasa menghiasi dewan di mana ilmuwan muslim tersebut
bercakap.
Subhanallah, Maha suci Allah! Ini adalah salah satu mukjizat dari sekian banyak mukjizat agama yang haq ini! Segala sesuatu bertasbih mengagungkan nama Allah.
Akhirnya orang yang bertanggung jawab terhadap kajian ini, iaitu
profesor William Brown menemui sang ilmuwan muslim untuk membincangkan
tentang agama yang di bawa oleh seorang Nabi yang ummi (tidak boleh baca
tulis) sebelum 1400 tahun lalu tentang fenomena ini. Maka ilmuwan
tersebut pun menerangkan kepadanya tentang Islam, setelah itu dia
memberikan hadiah al-Quran dan terjemahnya kepada sang profesor.
Selang beberapa hari selepas itu, profesor William mengadakan ceramah di
Universiti Carnich - Miloun, dia berkata: "Dalam hidupku, aku belum
pernah menemui fenomena seperti ini selama 30 tahun menekuni pekerjaan
ini, dan tidak ada seorang saintis pun dari mereka yang melakukan
pengkajian yang mampu menafsirkan apa makna dari fenomena ini. Begitu
pula tidak pernah ditemui kejadian alam yang boleh menafsirinya. Akan
tetapi satu-satunya tafsir yang boleh kita dapati adalah dalam al-Quran.
Hal ini tidak memberikan pilihan lain buatku selain mengucapkan
syahadatain: "Aku bersaksi bahawa tidak ada ilah yang haq melainkan
Allah, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusannya!"
Profesor ini telah mengumumkan Islamnya di hadapan para hadirin yang sedang terkejut.
[IslamPos] menerusi unikversiti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan