Khamis, 24 Disember 2015

Dari Manakah Asal Usul Jarum?

  Tahukah anda, jarum yang kita gunakan hari ini mempunyai sejarah yang cukup panjang? Berdasarkan kajian, jarum "tidak bermata" yang diperbuat daripada tulang ikan dan burung, gading, kayu, gangsa, malah duri, telah ditemui dalam puing Zaman Batu, ribuan tahun lalu. Jarum besi dan gangsa pula ditemui pada puing zaman Mesir dan Rom purba.


  Jarum keluli "bermata" atau berlubang seperti yang kita gunakan hari ini, dipercayai pertama kali dibuat oleh penduduk China, dan dibawa ke Eropah oleh bangsa Moor pada Zaman Pertengahan. Semasa pemerintahan Ratu Elizabeth l, seorang berbangsa Jerman, Elias Grouse telah mengajar cara membuat jarum kepada orang Inggeris. Kini, pengeluar jarum yang utama di dunia adalah England dan Perancis.

  Sungguhpun banyak jenis mesin digunakan untuk membuat jarum, jangan terkejut kerana untuk menghasilkan sebilah jarum, proses yang dilalui melibatkan 20 orang pekerja.
 http://myworknowledge.blogspot.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...