Selasa, 22 Disember 2015

Resepi - Ikan Cencaru Bakar Sumbat Kelapa

Ikan bakar ni kalau bakar dgn arang lagi power..... tp kalau dah ada cara mudah, buat apa susah2. Bakar je dlm oven..... 30 minit je. X payah berpeluh bagai berdiang kt api.... dah siap!
 

 
 

Bahan2 :

5 ekor ikan cencaru
1/2 biji kelapa parut
4 biji cili api
1 biji cili merah
2 batang serai
1 cm isi kunyit
2 biji bawang  merah
1 sk pes asam jawa
2 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Ikan cencaru dibelah belakang daan dibersihkan. Jgn buang kulit kerasnya. Cili api, cili merah, serai, isi kunyit dan bawang merah ditumbuk lumat. Selepas tu, tumbuk kelapa parut dengan bahan2 tadi. X perlulah sampai lumat. Cukup hanya bergaul sebati.
Tambahkan bahan ini dengan pes asam jawa, garam dan gula. Gaulkan sekali dengan 1 helai daun kunyit yg dihirs halus. Gaul sebati
Sediakan dulang oven yg dilapisi aluminium foil dan di lapisi daun kunyit. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Selepas tu masukkkan dan sumbatkan bahan kelapa parut kedalam perut ikan yg berbelah dibelakang. Buat sampai habis dan susun atas dulang.
Bakar dalam oven dgn suhu 200C  guna api bawah selama 20 minit. 10 minit lagi guna api diatas. Utk pastikan ikan masak tengok matanya kalau dah terjojol atau daging ikan lembut bila ditarik menandakan ikan dah masak.
Sedia dihidangkan dgn air asam..........
p/s : Bakar ikan pakai oven ni x sama dgn pakai arang sebab x nampak hangus garingnya. Tp sama je rasanya.. Mudah plak tu....!!
kongsiresepi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...