Isnin, 14 Disember 2015

Bagaimana mahu terus kuat melangkah dan meneruskan kehidupan?

kuat dalam kehidupan
“Saya harap saya kuat macam awak, can you give some tips?”
“tiada yang mudah melainkan dengan izin yang Esa”
Senyum, tarik nafas.

Kekuatan itu tidak hadir melainkan dengan izin yang Esa. Dari satu fasa ke satu fasa lain, tak mudahkan.
Apa yang saya boleh kata, awak kena berbalik pada Allah, baiki hubungan dengan Nya, dan semuanya akan dipermudah.

Bagaimana untuk memperoleh kekuatan itu?




Pertama, tekad.

Awak kena bagi diri awak peluang, peluang untuk hidup yang lebih bermakna.
Dengan meletakkan diri awak dalam frasa yang lama membuat diri awak sendiri yang tutup peluang untuk awak dapat kehidupan yang lebih baik.
So, tanyalah pada diri okey.  Awak nak keluar tak dari dunia lama tu.

Kedua, sabar.

Sabar mudahnya terucap dibibirkan, tapi hakikatnya kita sebagai manusia, selalu mengehadkan kesabaran tu, sabar itu indah namun payah.
Ya, untuk  belajar menerima kehidupan baru itu kena banyak sabar.
Ingat senang ke nak sesuai kan dengan kehidupan baru. So sabarlah dengan rencana Allah, mungkin ada ujian yang Allah kirim buat kamu.

Ketiga, Redha.

Ini satu lagi perkataan yang tersangatlah mudah nak dilontar. “Kau redho jelah”. “redha okey”. Senangnya.
Tarik nafas dalam dalam. Macam mana redha, bila kau tak lagi mengeluh dengan ujian Allah.
Malah bersyukur. Macam mana nak bersyukur? Anggap saya ujian ini cinta. Ya, Cinta dari yang Agung.

Keempat, Hikmah.

Saya ingat lagi, sahabat saya cerita, ada seorang adik ni, dia punya positif dengan setiap yang berlaku, sampai dia cakap, kita kena cari hikmah yang Allah nak kasi ini, mesti ada satu satu pengajaran.
Saya pegang yang tu je. Alhamdulillah, hari ke hari makin mampu positive.

Kelima, Doa dan Tawakal, kita dah berusaha.

Kita dah berusaha untuk keluarkan diri kita dari frasa lama, dan bila kau kata “aku tak mampu, aku tak kuat, aku….”, sekali lagi sabar dan jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah ya.
Allah tengok usaha kita. Allah kira.
Tapi,jika tak mampu sangat nak memulakan langkah, doalah moga Allah kuatkan langkah kita, moga Allah tekadkan jiwa kita.
Allah s.w.t berfirman dalam surat cintaNya buat kita:
Dan sekiranya hamba-Ku bertanya tentang-Ku kepadamu (wahai Muhammad) maka (katakanlah) sesungguhnya Aku amat dekat. (Al-Baqarah 2:186)

“Buku lama jangan terus ditutup dan dibuang sesekali ia perlu diselak kerana yang lalu itu pengajaran terindah”

Sesekali pasti ada angin yang datang menyentuh sayu jiwa, tetaplah teguh moga angin yang menyapa terus mendamaikan.

 http://akuislam.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...