Selasa, 22 Disember 2015

Tips- Atasi Masalah Suhu Rumah Atau Bilik Yang Panas

Dengan suhu yang agak panas di Malaysia ni pasti ramai yang tercari-cari tips nak atasi masalah bilik yang panas.
tips sejukkan atasi bilik rumah panas
Untuk sejukkan rumah atau bilik boleh saja pasang air-cond atau pendingin udara bagi yang ada duit lebih. Tapi bagi yang tak berkemampuan, bolehlah cuba tips di bawah. Semoga bermanfaat! 



LETAK BESEN AIR DI DALAM BILIK
Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Selalunya kita tertanya-tanya kenapa bilik air selalunya sejuk. Jawapan yang paling mudah ialah di dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air. Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi. Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
PASANG JARING KELAMBU BESI DAN BUKA TINGKAP PADA WAKTU MALAM HARI
Selalunya pada waktu malam, udara panas akan mengewap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka tingkap bagi membebaskan udara panas. Apabila udara panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan, dan apabila tingkap dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, ada satu masalah lain, iaitu rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk. Pemasangan jaring yang halus lubangnya seperti kelambu boleh membantu mengatasi masalah nyamuk.
GUNAKAN PAPAN FIBER SIMEN UNTUK SILING RUMAH
Fiber cement board. Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.
GUNAKAN LAMPU DARI JENIS KURANG MEMANCARKAN HABA
Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik.
POKOK EKOR KUCING BOLEH MENYEJUKKAN RUMAH
Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya.
CAT DINDING RUMAH DENGAN WARNA CERAH YANG DAPAT MEMANTULKAN CAHAYA DAN HABA
Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.
AWNING DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN PEMANASAN ATAP RUMAH AKIBAT PANCARAN CAHAYA MATAHARI
Anda digalakkan untuk memasang awning. Awning dapat membantu melindungi rumah anda dari cahaya matahari yang terlampau.
JAUHKAN PENGHAWA DINGIN DARIPADA TELEVISYEN ATAU KOMPUTER
Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau komputer. Ini kerana televisyen dah komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda.
 http://fitrihadi.com

1 ulasan:

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...