Ahad, 13 Disember 2015

Resepi Kerabu Kerang Mudah Dan Sedap

Tapi di sebabkan jadual hujung minggu yang sentiasa penuh, lama juga bertangguhnya. Sabtu lepas pergi pasar cari kerang dan bahan-bahan lain. Semua ada, maka projek kerabu kerang ON!
Resepi kerabu kerang taugeh
Resepi Kerabu Kerang Mudah Dan Sedap ni sangat la mudah cara membuatnya. Berikut bahan-bahan yang saya gunakan tempoh hari:
 

Bahan A

2 kg kerang - bersihkan dan rebus dengan air dan sedikit garam.

Bahan B

5 biji kacang botol -di potong sederhana
Taugeh - RM 1 di buang ekornya
2 batang serai - di potong halus
1 biji bawang besar - di mayang halus

Bahan C

2 biji cili merah - di buang biji
3 biji cili padi 
1 sudu besar udang kering
Sedikit belacan
Sedikit garam

Bahan D

2 sudu besar kerisik
1 biji air perahan limau nipis 
Nota: Saya elak menggunakan air asam jawa bagi mengurangkan 'kelembapan' pada kerabu.
Cara-caranya:

Bahan A

Rebus kerang sehingga masak. Kemudian toskan.
Kopek kerang dan ambil isinya.

Bahan B

Taugeh: masukkan air mendidih ke dalam mangkuk yang berisi taugeh. Gaul kan taugeh perlahan-lahan agar semua permukaan terkena air panas tersebut. 

Toskan taugeh. Saya memang tak rendam lama-lama bagi mengekalkan kerangupan taugeh tersebut. Tambahan bagi mengelakkan kerabu menjadi 'basah' dan cepat basi.

Serai, kacang botol dan bawang besar di hiris nipis. Masukkan ketiga-tiga bahan ini KECUALI TAUGEH ke dalam bekas yang mengandungi isi kerang.

Bahan C

Tumbuk kesemua bahan ini sehingga lumat. Apabila sudah lumat, masukkan ke dalam bekas yang mengandungi isi kerang.

Final Touch:

1. Masukkan taugeh ke dalam mangkuk yang mengandungi kerang dan bahan-bahan lain yang telah di nyatakan pada langkah-langkah di atas.
2. Masukkan Bahan D ke dalam bekas tersebut.
3. Dengan menggunakan 2 sudu, gaul kesemua bahan dengan lemah lembut supaya tidak hancur. Boleh tambahkan garam jika perlu.
4. Siap untuk di nikmati.
Memang licin kerabu kerang ni tempoh hari. Pandai juga ya semua yang hadir makan kerabu. Ingatkan mak buyong je yang suka. Hihi
Sebenarnya mudah sangat nak sediakan kerabu ni. Cuma yang merenyahkan adalah proses mengopek isi kerang dan buang ekor taugeh tu. So kalau mahu, anda boleh buat persiapan sehari awal dan letakkan isi kerang di bahagian freezer.
Taugeh boleh diletakkan di dalam mangkuk dan titiskan sedikit air limau bagi mengekalkan kesegarannya sebelum di letakkan di dalam peti ais. Cumanya mungkin kerang tu nanti akan rasa sedikit 'kering' dan tak umphh sangat la bila makan nanti.
Tip tambahan, anda boleh menggaul kesemua bahan lebih awal dan letakkan di dalam bekas yang bertutup rapat kemudian masukkan ke dalam peti ais. Ia dapat mengekalkan kesegaran kerabu lebih lama dan mengelakkan dari basi dengan cepat.

Setakat ni sahaja perkongsian resepi kali ini. 

Jumpa lagi di lain resepi.

Selamat mencuba.
 http://semulajaditerbaik.blogspot.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...