Ahad, 13 Disember 2015

Tips -3 Langkah Bayi Tidur Lena Waktu Malam Agar Ibu Tidak Bermata Panda

Tidur yang lena dan cukup sangat penting bagi manja dari 0 hingga 3 tahun. Ini kerana si manja yang tidur lena akan lebih sihat dan gembira.
Anda akan perhatikan bahawa bayi ceria, kurang meragam,  dan tidak akan menangis tanpa sebab. Dan seperti bayi saya, Ainur akan nampak lebih cergas dan aktif bermain bersama abang-abangnya. Berikut saya kongsikan 3 Langkah Bayi Tidur Lena Waktu Malam Agar Ibu Tidak Bermata Panda.
bayi tidak tidur lena 
 

Langkah Pertama - Mandian Air Suam

  • Jadikan masa mandi sebagai masa yang menyeronokkan dan menyenangkan buat anda dan bayi.
  • Tubuh si manja yang hangat, bersih dan kering akan memudahkan anda menidurkannya.

Langkah Kedua - Urutan Yang Menenangkan

  • Selepas mandian air suam, urutan lembut pada tubuh bayi akan membantu mengekalkan kelembapan kulit. Anda boleh menggunakan minyak bayi bagi tujuan ini.

Langkah Ketiga - Masa Senyap

  • Pastikan anak anda tidur dalam suasana senyap. Saya akui ini perkara yang sedikit mencabar jika si manja mempunyai adik-beradik yang lebih berusia. Mungkin apa yang boleh anda lakukan adalah dengan meminta pertolongan pasangan untuk menjaga abang dan kakak sementara anda menidurkan bayi.
  • Berzikir dan membaca surah-surah lazim membantu bayi tenang. Selalunya saya akan memadamkan lampu dan menyusukan bayi serentak pada masa ini. Kiranya bonding-time saya lah. Memang mudah tidurnya. Hormon CCK dan Vitamin D yang tinggi dalam susuibu sangat membantu bayi lena lebih cepat.
Sebagai ibu bapa kita harus sedar yang masa tidur adalah penting dan dapat membantu pembanguna kognitif (berfikir) bayi. Perkara ini memang di akui oleh pakar. 

Jadi berbincanglah dengan pasangan anda bagaimana anda mahu mengamalkan rutin bilik tidur yang baik bagi memastikan bayi mendapat tidur lena dan lama. Bonusnya, anda juga mendapat rehat yang cukup.

Selamat mempraktik! 
http://semulajaditerbaik.blogspot.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...