Isnin, 21 Disember 2015

Resepi - Paru goreng istimewa

Kalau kat rumah family aku, emak selalunya akan buat kuah lodeh, rendang ayam, daging sate dan kuah kacang untuk dimakan bersama nasi impit. Dan favorite kitorang sekeluarga ialah paru goreng yang digoreng agak garing dan manis sikit. Sedap sangat!


So, hari ni, bersempena dengan hari raya haji yang bakal tiba esok, aku nak kongsi menu istimewa ni dengan korang. Resepi yang sangat simple tapi sedap!




Paru Goreng Istimewa 
 
- cik Ani style... hehehe... mak aku lah tu...
Bahan-bahan yang diperlukan cuma paru lembu, garam, gula, serbuk kunyit dan kicap serta minyak untuk menggoreng.

Cara-caranya
  1. Rebus paru untuk beberapa ketika supaya paru menjadi lembut. Kalau ada pressure cooker lebih baik. Cepat dan menjimatkan masa.
  2. Bila dah direbus dan paru dah sejuk, bolehlah paru tu dipotong nipis-nipis.
  3.  

  4. Gaulkan paru dengan serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa. Jangan manis sangat!

  5. Tambahkan sedikit kicap manis. Gaulkan rata.

  6. Goreng paru secara deep fried dengan api besar.

  7. Bila paru dah nampak berkilat, hmmm... susah nak describe... tapi boleh nampak berkilat bila dah masak, so bolehlah angkat dan tuskan minyaknya...
  8. Siap untuk dihidang!
 
 http://julieluvneezam.blogspot.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...