Ahad, 20 Disember 2015

Resepi - Kerabu Suhun ala Thai

First time berkenalan dengan kerabu suhun kat situ lah. Memang superb! Lebih-lebih lagi tukang masak dia memang siam mari.

So, untuk melampiaskan rasa kempunan, malam tadi aku buat jer sendiri. Actually, aku dah buat resepi ni beberapa kali. Memang sedap sebagai hidangan pembuka selera.

~ Kerabu suhun ala Thai ~
 


Bahan-bahan yang diperlukan ialah:-
 
Suhun - 1 paket kecil } rendam dengan air sejuk sehingga lembut
Sotong - 2 ekor } dibersihkan dan dipotong
Lobak merah } dipotong halus-halus
Cili padi, cili merah, bawang merah dan bawang putih, serai } dihiris halus
Daun limau purut
Limau purut
Sos ikan - 1 sudu besar
Kalau rajin sikit, boleh goreng kacang tanah tanpa minyak dan dibuang kulitnya untuk dimasukkan dalam kerabu. Aku malas... hehehehe... sebab mengejar masa untuk makan malam.

Cara-caranya:-
Panaskan kuali dan goreng sotong dengan minyak yang sedikit.

Bila sotong dah nampak masak (sotong masak sekejap jer), masukkan daun limau purut dan serai yang dah dihiris halus. Gorengkan sekejap supaya serai menjadi lembut.

Kecilkan api dan masukkan suhun dan lobak merah serta cili padi, cili merah, bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris.

Campurkan sos ikan dan air perahan limau purut serta garam secukup rasa.

Gaulkan semua dan sedia untuk dihidangkan!

Senang kan?!

Bolehlah korang try nanti.
 http://julieluvneezam.blogspot.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...