Selasa, 15 Disember 2015

20 tanda suami bahagia dalam rumah tangga



Setiap pasangan suami isteri mesti nak bahagia dalam rumah tangga kan,




Pertahan sampai hujung usia.





Tapi nak bahagia antara satu sama lain, tidak semua yang dapat rasa,





Kadang-kadang sebelah pihak yang rasa,





Kadang-kadang kedua-duanya dah tak bahagia walaupun usia perkahwinan baru setahun dua.





Namun, kita dapat kesan pasangan kita sama ada bahagia dengan kita atau tidak.






Bagi sang isteri, berikut ialah 20 tanda kita dapat lihat sama ada suami bahagia dalam perkahwinannya atau tidak:








1. Wajah suami sentiasa ceria dan bersih











2. Suami sihat, bersemangat  dan bertenaga









3. Suami banyak bercakap dengan kita dan suka mengusik (bergurau senda) dengan kita



         





4. Suami menolong kita membuat kerja-kerja rumah









5. Apabila berlaku pergaduhan suami akan pujuk kita dahulu dan meminta maaf









6. Suami menolong keluarga kita dalam kesusahan













7. Suami memuji kita melalui ibu bapa kita, keluarga, anak-anak, kawan-kawannya, atau jiran











8. Suami suka keluar berjalan dengan kita berbanding dengan kawan-kawannya









9. Suami tidak boleh berjauhan dengan kita walau sehari









10.    Suami ambil berat sakit demam isteri











11.    Suami menangis sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada kita









12.    Suami selalu bagi kejutan seperti hadiah. Tidak perlu tunggu birthday kita pun, dia bagi









13.    Suami suka bermanja dengan kita macam kanak-kanak









14.    Suami suka menyuruh kita membelainya sebelum tidur. Contoh gosok/urut badannya sebelum tidur











15.    Suami suka makan di rumah berbanding di luar









16.    Suami akan bertanya khabar kita walau sekali sewaktu di tempat  bekerja melalui call atau sms atau berhubung dengan kita melalui whats app, we chat, line sekiranya outstation atau bekerja lama @ over time









17.    Suami suka bersama kita di ranjang











18.    Suami bersabar dengan karenah kita











19.    Suami sedaya upaya menjalankan tanggungjawabnya untuk kebahagiaan rumah tangga kita





                      





20.    Naluri anda yang mengatakan suami anda bahagia dengan anda.











Oleh itu, semua tanda-tanda berikut ialah sesuatu yang lazim berlaku apabila suami bahagia dalam rumah tangganya.









Namun, setiap orang atau lelaki ada caranya tersendiri dalam menunjukkan kasih sayangnya terhadap isteri dan keluarganya.













Apapun yang penting sekali bagaimana suami mahupun isteri menguruskan rumah tangga supaya kekal bahagia hingga akhirnya & janganlah berharap sebelah pihak sahaja yang menjaga dan menyayangi seperti yang kita mahukan,











Kita juga mesti berusaha menjaga dan mengekalkan kebahagiaan tersebut dengan cara anda sendiri tetapi menjadi kesukaan pasangan kita,











Dan sememangnya toleransi atau tolak ansur dalam rumah tangga adalah sangat penting.








~the end~

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum....semoga perkahwinan kita semua akan kekal selamanya...

    BalasPadam
  2. mmg betul... kita sendiri boleh rasa & nampak kalau suami kita bahagia atau tidak.. lelaki ni susah nak sorok perasaan bila dengan isterinya

    BalasPadam

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...