Khamis, 31 Disember 2015

INFO - Jangan Terjebak 3 Diet Ketat Paling Bahaya!

dier 
Diet Ketat.Anda bertubuh gempal, suka berdiet? Hati-hati, jangan silap pilih diet kerana ada bahaya menggerunkan menanti anda.

Sesiapa sahaja tidak ditegah atau dilarang untuk memiliki bentuk tubuh yang cantik. Namun, anda harus tahu, diet ketat bukanlah jaminan atau cara yang tepat untuk mendapatkan bentuk tubuh yang ideal dan ‘mantop’!

Sebaliknya diet ketat atau ekstrem itu hanya akan membuatkan anda sengsara!




Apakah diet ketat yang dikatakan paling berbahaya itu?

1. Diet Detox
Diet detox merupakan segala upaya yang dilakukan untuk membersihkan ‘internal’ tubuh secara ekstra. Salah satu jenis daripada diet detox ini iaitu ‘master clense’. Di mana sebahagian orang hanya boleh mengambil air lemon, air garam dan teh pelangsing.

Kenapa Diet Detox Ini Bahaya?
Sesiapa sahaja tidak ditegah atau dilarang untuk memiliki bentuk tubuh yang cantik.
1.Tubuh akan berhenti mendapat ‘gilikogen’ pembentukan energi.
2. Otak akan kekurangan ‘asid amino’.
3. Sistem ketahanan tubuh akan menurun.
4. Protein dalam otot akan terurai menjadi ‘asid ammonia’ dan asid saraf yang menyerang pembuluh darah.
5. Saluran di usus kecil tidak mampu bekerja maksimum dalam menyerap nutrisi.


Penyakit Yang Mungkin Muncul…
  • Gangguan buah pinggang
  • Terkena ‘diare’
  • Gula darah rendah
  • Kebas-kebas otot
  • Kepenatan
  • Pening kepala
  • Kekurangan energi
  • Mual
  • Dehidrasi
  • Radang Usus
2. Dukan Diet
Dukan diet adalah peraturan pola makanan yang melarang pengambilan karbohidrat, seperti nasi, jagung, kentang ,pasta dan sebagainya selama 10 hari. Para pengamal dukan diet dibenarkan mengambil protein (daging, ikan, susu, telur, soya dan kacang).

Kenapa Diet Dukan Ini Berbahaya?
Tubuh yang sihat adalah tubuh yang mengambil makanan seimbang antara karbohidrat, protein, lemak dan vitamin. Jika tidak anda mungkin akan terkena risiko penyakit berikut:
  • Kerosakan hati
  • Gangguan buah pinggang
  • Kekurangan energi
  • Sembelit
  • Mulut Berbau
  • Osteoporosis
3. Feeding Tube Diet
Feeding tube diet adalah diet yang hanya membenarkan seseorang itu mengambil cecair di dalam tube atau tabung. Di mana tube atau tabung tersebut boleh dibawa ke mana-mana.

Mengapa Feeding Tube Diet Ini Bahaya?
Feeding tube diet boleh menurunkan berat badan sepantas kilat. Namun berat badan anda akan kembali montel, jika tidak  berdiet. Anda yang mengamalkan feeding tube diet bakal diintai oleh bahaya:
  • Gangguan buah pinggang
  • Pening kepala
  • Mual
  • Sembelit
  • Dehidrasi
  • Mulut berbau
MUMMYNEMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...