mendapatkan pahala dan menambah kebajikan.
AMALAN
dan petua orang dahulu dalam masyarakat mempunyai erti yang sangat
simbolik. Umpamanya petua dalam perubatan tradisional dan tumbuhan herba
yang memberi khasiat yang sangat penting untuk mengubat sesuatu
penyakit atau meredakan simptom.
Antaranya
ialah mengunyah daun jambu batu muda boleh merawat sakit perut dan
cirit-birit, menggosok daun kapal terbang yang telah ditumbuk- tumbuk
untuk merawat luka dan melecet, mengekalkan awet muda dengan meminum jus
buah mengkudu dan mencantikkan kulit muka dengan menyapu susu segar
selama dua minggu.
Terlalu
banyak petua dalam masyarakat kita yang telah dibukukan dan boleh
didapati di kedai-kedai buku. Walaupun pelbagai petua ini nampak mudah
tetapi ia memberikan makna yang besar ke atassurvival masyarakat dahulu.
Selain
daripada petua, masyarakat Melayu mempunyai adab yang membentuk
peribadi yang mulia. Contohnya, makanan dan minuman yang diambil akan
memberi kesan terhadap pembentukan kasih sayang di antara ibu bapa dan
anak-anak. Salah satu caranya ialah meminta anak-anak menghabiskan
makanan atau minuman di dalam bekas ibu atau bapa.
Tidak
perlu dibuat selalu, cukup dua kali seminggu supaya hati anak-anak
sentiasa melekat pada hati emak dan ayah. Semakin umur meningkat tua,
hati anak-anak akan sentiasa kasih dan belas kepada ibu dan ayah.
Selain
itu, solat berjemaah juga berfungsi menanam rasa hormat anak-anak
kepada ibu bapa. Jika tidak sempat solat lima waktu, cukup dengan solat
Maghrib berjemaah.
Peranan 'dapur' dan solat berjemaah sangat besar bagi mendidik ahli keluarga supaya hidup berkeluarga lebih bahagia.
Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari. Apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita.
Ketika
bercakap, mengapa sesetengah orang begitu kuat suaranya seolah-olah
berteriak? Adakah dengan berteriak akan menjadikan mesej lebih bertenaga
daripada bersuara perlahan dan memadai untuk menyampaikan mesej?
Suatu
hari, seorang guru bertanya kepada murid-muridnya. "Mengapa ketika
seseorang sedang dalam keadaan marah, dia akan bercakap dengan suara
yang kuat atau berteriak?" Seorang murid mengangkat tangan dan menjawab,
"Kerana pada masa itu dia telah hilang sabar, sebab itulah berteriak."
"Tapi..."
gurunya bertanya semula. "Rakannya berada di sebelah sahaja. Mengapa
dia harus berteriak? Kenapa tidak dapat bersuara dengan lebih perlahan?"
Hampir
semua pelajar memberikan jawapan yang dikira munasabah menurut
pertimbangan mereka. Tetapi tidak ada satu jawapan yang memuaskan hati
guru.
Lalu
guru menerangkan: "Ketika dua orang yang sedang berada dalam keadaan
marah, jarak antara kedua hati menjadi sangat jauh walaupun secara
fizikalnya mereka begitu hampir. Jadi, untuk sampai ke jarak berkenaan,
mereka mesti berteriak supaya didengari. Anehnya, semakin kuat dan keras
berteriak, mereka menjadi semakin marah dan dengan sendirinya jarak
hati yang ada di antara kedua-duanya menjadi lebih jauh. Dan mereka
terpaksa berteriak dengan lebih kuat."
Sambil merenung mata para pelajarnya, guru ini menambah:
"Sebaliknya,
apa yang terjadi jika dua orang saling cinta mencintai? Mereka tidak
pun berteriak tetapi membisikkan suara yang halus, kecil dan mesra.
Sehalus manapun, mereka masih lagi mendengar suara masing-masing.
Mengapa?"
Para
pelajar nampak buntu dengan muka yang penuh tanda tanya. Kelihatan
seperti berfikir tetapi tidak berani bersuara memberikan jawapan.
"Kerana
hati mereka begitu dekat dan tidak berjarak. Hati mereka begitu hampir
sehingga sepatah ucapan pun tidak perlu diluahkan, cukup dengan
pandangan mata kerana mereka memahami apa yang ingin disampaikan."
Akhirnya guru membuat kesimpulan.
"Ketika
sedang marah, janganlah kamu mencipta jarak hati. Lebih-lebih lagi
jangan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan kerana ia melebarkan
jarak hati kamu. Mungkin pada masa itu, yang terbaik ialah berdiam diri,
duduk atau berbaring kerana waktu akan membantu kamu."
Amalan-amalan dalam Islam turut berperanan sebagai panduan untuk mendapatkan pahala dan menambah kebajikan. Antaranya ialah:
* Masuk ke bilik air dengan memakai alas supaya najis tidak mengotori seluruh rumah.
* Elak makan dan minum dalam bekas yang sumbing atau pecah kerana membahayakan dan makruh.
*
Tidak membiarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh
bagi mengelak kepapaan. Begitu juga memakai selipar yang berlainan
pasangan.
* Tidak tidur selepas solat Subuh kerana pagi-pagi hari membawa rezeki.
* Makan dan minum bermula dengan Bismillah dan doa makan supaya tidak berkongsi dengan syaitan.
* Menjaga pandangan ketika dalam perjalanan supaya hati tidak diselaputi dosa.
* Elakkan mengumpat rakan-rakan supaya persahabatan tetap utuh dan kekal sepanjang hayat.
* Bersedekah kerana sedekah memanjangkan umur dan memurahkan rezeki.
* Sentiasa bertaubat dan ingat mati supaya hati sentiasa bersih dan suci.
Amalan,
panduan dan nasihat yang ditunjukkan oleh Rasulullah kepada pada
sahabat adalah untuk kemudahan mereka dan bukannya menghalang atau
menyusahkan sebagaimana firman Allah yang bermaksud maksud :
"Nescaya
Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." - Surah al- Ahzab : 71
Bila
mereka tetap memelihara keimanan dan ketakwaan dan selalu mengatakan
kebenaran, maka Allah akan memperbaiki amal dan mengampuni dosa-dosa
mereka. Siapa yang menginginkan kebahagiaan di dunia dan akhirat, jalan
yang harus ditempuh hanyalah satu iaitu dengan mentaati Allah dan
Rasul-Nya. Insyaallah, mereka akan mendapatkan kemenangan dan
kebahagiaan yang besar kelak. Menghargai petua sahaja tidak memadai
untuk kita mengubah tabiat, apa yang penting, kita selalu menghayatinya
dan amalkan.
alamcyber.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan