Menarik... Semua orang nak dikatakan menarik dan membuat tertarik bila dipandang. Tak kira lelaki atau perempuan, yang penting perasan menarik pasti ada dalam perasaan, baru la ada keyakinan pada diri. Korang akan terperasan menarik bila...
1) Ada mata yang tengah perhati atau memandang anda dua tiga kali imbas ataupun kerap sambil tersenyum-senyum gatai.
2) Diorang pepandang anda kemudian berbisik sambil jeling-jeling kat anda. Mesti tengah mengata anda itu menarik tak terhingga.
3) Anda sanggup perhabis duit beli mekap segala, pakaian baru serta berbagai aksesori kecantikan.
4) Nak ke kedai yang jauhnya tujuh lapan langkah pun nak berpakaian serba lengkap macam nak buat catwalk di atas pentas.
5) Tak pernah lekang membawa mekap walau ke mana jua. Paling lekeh pun kemana sahaja sikat mesti ada di sisi.
6) Pantang nampak cermin atau dinding cermin gelap, pasti berhenti sekejap untuk mengemaskan rambut yang sudah sedia kemas itu.
7) Asyik tidak puas hati nak berpakaian atau mekap. Asyik mengetest lapan sembilan kai tukar baju, mahu dua tiga jam nak bersiap jugak la gamaknya.
8) Tersipu-sipu sambil mengembangkan lubang hidung bila orang puji bernada perli mengatakan anda menarik. Nak mengaku nanti dikatakan bangga diri, kaau diamkan diri terasa rugi la pulak.
Jikalau anda mempunyai ciri-ciri di atas, memag sah anda memang perasan menarik dan jikalau anda sememangnya menarik pasti anda akan mempunyai sedikit ciri-ciri atau perkara di atas bukan? Jikalau tidak semua, pasti ada salah satu yang melekat untuk anda. Betul ke tidak? Anda yang tahu. HAHA!
http://shakroil.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan