1.Selepas sahaja bangun dari tidur, baginda saw akan menyapu mukanya dengan tangan.
2.Kemudian baginda akan membaca 10 ayat yang terakhir daripada surah Ali-imran.
Seperti apa yang disebut di dalam hadis yang bermaksud : Setelah
Rasulullah saw bangun dari tidur, maka baginda duduk dan menyapu
wajahnya dengan tangan , kemudian baginda saw membaca 10 ayat yang
terakhir daripada surah Ali-imran. (Muttafaqun alaih)
Baginda saw berdoa :
Yang bermaksud : Segala puji bagi Allah menghidupkan setelah mematikan kami dan kepadanya akan dikembalikan. (Muttafaqun Alaih)
3.Baginda saw terus bersiwak (Berus gigi) dengan sempurna.
Dalam hadis yang bermaksud : Apabila Rasulullah saw bangun dari tidur,
baginda akan membersihkan mulutnya dengan siwak. (Muttafaqun Alaih)
Baginda saw akan membasuh tangannya sebanyak 3 kali.
Rasulullah saw telah berkata : Apabila salah seorang daripada kamu
bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu 3 kali
sebelum memasukkan kedua-dua tangan di dalam bekas, kerana kamu tidak
tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur. (Muttafaqun Alaih)
#Kesimpulannya: Apabila Rasulullah saw bangun sahaja daripada tidur,
maka baginda terus membaca ayat suci Al-quran serta memuji kebesaran
Allah swt. Ini adalah satu contoh ikutan terbaik untuk kita amalkan pada
setiap pagi. Kehidupan Rasulullah saw telah membuktikan bahawa setiap
amalan kita selama sehari semalam adalah ibadah, seperti firman Allah
swt yang bermaksud :
Dan (Ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepadaku. Adz-Dzariat ayat 56.
Semoga kita beroleh kekuatan untuk mengamalkannya.
Nota : Dipetik daripada buku (1000 sunnah dan sunnah pada waktu siang
dan malam) oleh Majdi Fathi Al-kahil terbitan maktabah As-shofa.
http://islamicworld92.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan