Assalamualaikum,Dalam kesibukan kita perlu juga mencuri masa untuk berehat dan bertenang
walaupun seketika. Ketenangan penting untuk merehatkan jiwa dan minda
untuk kembali cergas semula...umpama badan yang letih yang memerlukan
rehat atau perut yang lapar memerlukan makanan.
Untuk ketenangan Minda... Nikmati keindahan yang berwarna hijau. Warna hijau mempunyai keistimewaan kerana hanya dengan melihat kehijauan kita akan terasa tenang... “Penduduk
Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas
(bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta
permaidani-permaidani yang sangat indah.” Ar-Rahman: Ayat 76.
Jamulah mata anda dengan warna-warna kehijauan, rehat buat seketika untuk ketenangan minda...
Untuk ketenangan hati dan jiwa...
Tiada cara lain selain dari keredhaan, kesyukuran dan keikhlasan. Hanya
dengan mengingati Allah dan berserah kepadaNya akan memberi kita
ketenangan yang hakiki. Berzikirlah... Beriman dan Beramal... Andai anda
beroleh ketenangan rohani, akan terpancar cahaya pada zahirnya.
Terima kasih kerana bersama Relaks Minda...kehadiran anda membawa kecerian dan memberi kedamaian buat saya. Semoga anda juga beroleh kebahagiaan dan ketenangan....
http://relakssminda.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan