Sabtu, 13 April 2013

Beza Antara Cemburu Sayang Dan Cemburu Buta

 
Kata-kata yang sering kita dengar adalah “I cemburu kerana I sayang”. Betul ke kalau sayang kena cemburu? Kalau tiada perasaan cemburu tu maknanya tak sayang ke? Bagaimana pula kalau cemburu tu sampai ketahap yang tak mampu dikawal, dalam erti kata lain obses sehinggakan menyekat kebebasan pasangan. Pasti ada bezanya dalam menilai cemburu sayang dan cemburu buta kan.




CEMBURU SAYANG

Biasanya cemburu ni lebih kepada kemanjaan. Sekadar menegur pasangan secara gurauan. Namun emosi mampu dikawal dan tidak wujud perasaan agresif. Cemburu sayang ini mampu menambahkan kemesraan di antara pasangan.

CEMBURU BUTA

Perasaan cemburu yang terlampau sehingga langsung hilang kepercayaan pada pasangan.  Sentiasa berfikiran negatif dan kalau boleh mahu berada di samping pasangan setiap saat. Mengawal setiap gerak geri pasangan.

Malah boleh hilang kawalan sehingga mampu mencederakan pasangan.

Cemburu you all tergolong dalam kategori yang mana? Kalau yang berada dalam kategori cemburu buta tu, cepat-cepat la celikkan mata, sebelum you all kehilangan si dia.

Ingatlah cemburu macam mana sekalipun, kalau ditakdirkan dia bukan milik kita…kita pasti akan kehilangan nya juga.
 http://www.puterikasih.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...