Ahad, 14 April 2013

Kerepek Epal Berkaramel: Snek Yang Ohsem



Kepada para penggemar snek, hari ni edy nak berkongsi dengan korang satu resepi yang mudah dan ringkas untuk korang. Iaitu kerepek epal berkaramel. Korang mesti kadang-kadang bosan makan snek yang sama sebagai kudap-kudap, kan? Jadi, apa kata ubah selera korang untuk makan kerepek epal berkaramel ni. Jarang kan kita nampak kerepek epal. Korang baca entri ni dan salin bahan-bahan dan cara nak buat. Sangat senang tau. Jom kita tengok cara membuat snek yang ohsem ni. 
 
 

Kerepek Epal Berkaramel

Bahan-Bahan:
1 biji epal [tak kisah apa-apa jenis pun]

1 cawan gula
1 cawan air


Langkah Demi Langkah:

1# Panaskan dulu ketuhar [oven] dengan suhu 350 F [177°C]. Letakkan satu rak berjaring pada dulang pembakar dan sembur sedikit dengan semburan anti-lekat. 

2# Kemudian, potong buah epal nipis-nipis [dalam ukuran 1/16 inci]. Anda tidak perlu bimbang jika epal masih belum dikupas kulitnya. Anda cuma perlu buangkan bijinya sahaja. 



3# Selepas itu, masukkan gula dan air sebanyak 3 suku ke dalam periuk dan didihkannya sambil dikacau. Setelah mendidih, masukkan hirisan epal tadi ke dalam periuk dan kacau semuanya hingga cukup sebati. Kacau selama 10 minit sehingga hirisan epal tadi kelihatan berkilat. Gunakan penyepit untuk membuang kepingan-kepingan sirap yang melekat pada hirisan epal. Setelah itu, angkat hirisan epal dan letakkan pada rak jaring di dalam ketuhar.



4# Kemudian bakar hirisan epal tadi selama 15-20 minit sehingga hirisan epal tadi menjadi warna keemasan. Masa membakar bergantung kepada ketebalan hirisan epal anda. Jangan anda terfikir apabila melihat hirisan epal yang sudah keemasan itu sudah menjadi rangup. Salah. Hirisan epal ini akan menjadi rangup apabila sudah sejuk. Setelah itu, pindahkan kerepek epal tadi ke atas satu helaian kertas minyak yang sudah disembur dengan sedikit semburan anti-lekat dan biarkan ia sejuk sepenuhnya selama 10 minit. 


Setelah sejuk sepenuhnya, bolehlah diletakkan di atas piring dan siap sedia untuk dimakan. Mudah, kan? Bahannya pun senang dapat kan pasaraya yang berdekatan. Ha, tunggu apa lagi, jangan tak cuba ya. Hehehe. 
traceysculinaryadventures.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...