Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya
disorokkan ke dalam poket bajunya.
Dari raut wajahnya, anak gadis ini
sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah
menegurnya. “Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang
kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?”
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
“Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku
telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung
kesakitan ini.” Balas gadis tadi. “Jika tidak jadi keberatan,
ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.”
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.”Aku
bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan.
Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api
neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip
mata.” Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. “Kemudian kulihat
ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai
tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk
menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa
dia
menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya
dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan
sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman
dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada
ayahku. “Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di
neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni
syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air
kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas
menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke
neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah
menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur
teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah.”
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti
mengalir dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis
tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT.
Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah
agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, “Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan
bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada
ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. Insya Allah”.
WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS
PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA HAMBA.
http://titisanindahbungaanhati.wordpress.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan