Saya buat cucur jawa atau cucuq tuang (mak ngah saya panggil kuih nie
sebagai cucuq tuang) ikut resepi yang diberikan oleh minah kepoh kat
kampung saya tu. Minah kepoh tu buat kuih nie meniaga.....cucur jawa
yang dia buat memang sedap....lembut walaupun disimpan lama. Masa dia
bagi resepi tu....tertanya-tanya jugak 'betul ke resepi yang dia
bagi....biasanya peniaga tak akan bagi resepi yang tepat hanya yang
basic saja?'. So kenalah cuba dulu.... baru tahu betul ke tidak resepi
yang dia bagi tu.
Inilah
hasilnya.....walaupun ia tak sesedap yang minah tu buat tapi
rupaparasnya dah sikit-sikit nak sama walaupun bibir kuih tu tak menjadi
sangat, ada kekurangan dari segi rasa dan kelembutan kuih......itu yang
kena saya cari.
Inilah resepi yang saya dah cuba untuk kuih nie. Kuih lama yang sangat sedap. Oh ye sukatan kuih nie guna mangkuk ye, biasalah bila dapat resepi dari orang lama....dah tentu macam nie sukatannya. Anda boleh guna apa-apa jenis mangkuk yang ada kat rumah tu.....kalau nak buat sikit boleh guna mangkuk kecil.....kalau nak buat banyak boleh guna mangkuk yang besar sikit....so tak ada ketetapan nak guna mangkuk jenis apa pun asalkan semua sukatan bahan harus guna mangkuk yang sama.
Cucur Jawa/cucuq tuang
photo and publish by resepidaria.blogspot.com
Bahan-bahannya:-
1 mangkuk tepung beras
1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk gula merah
1 mangkuk air (saya tambah lagi 1/4 cawan air)
sedikit garam
Cara-cara membuatnya:-
1. Masak gula merah dan air sehingga gula hancur. Tapis dan biarkan sejuk sedikit.
2.
Masukkan semua tepung dan garam dalam bekas dan tuang air gula tadi
sedikit demi sedikit sehingga sebati. Tambah air jika terasa bancuhan
pekat. Kacau dengan whisk tangan dan pukul sedikit sehingga ia nampak
berbuih buih sikit.
3. Perapkan selama minima 4 jam atau yang paling bagus, bancuh malam dan buat pagi esoknya.
4.
Panaskan kuali (jangan guna kuali leper, ia harus kuali yang
melengkung) dengan api sederhana sehingga betul-betul panas, tuangkan
sesenduk bancuhan dan tunggu sehingga bahagian sudah masak baru di
terbalikkan. Guna minyak sebanyak 3/4 cawan sahaja. Bila minyak
berkurangan, tambah sikit lagi.
5. pastikan anda tos betul-betul kuih ini supaya ia tidak terlalu berminyak. Guna tisu masakan supaya lebihan minyak diserap.
6. Kuih jawa kira menjadi jika bibir kuih ini tebal. Yang saya buat nie kurang menjadi sangat.
Nota:-
- Kuih nie tak berapa manis sangat sebab saya guna 100% gula merah tapi anda boleh guna 1/2 mangkuk gula merah dan 1/2 mangkuk gula putih. Terpulang kepada anda. Mak saya kata kalau guna gula putih, kuih nie akan jadi lebih rangup.
- Jenis tepung beras yang digunakan mempengaruhi kelembutan kuih ini. Saya guna tepung beras cap 3 gajah sebab tu kuih nie kurang lembut sikit. Jenis tepung beras juga mempengaruhi jumlah air yang digunakan....so saya tambah lagi 1/4 cawan air sebab saya guna tepung beras cap 3 gajah.
http://www.resepidaria.com
Salam. sy try resepi ni dan alhamdulillah menjadi. terima kasih yer. dan mintak halal sy kongsikan semula di blog saya. http://monasrie.blogspot.com/2013/12/kuih-cucur-jawa-aka-mexican-hat.html
BalasPadamNk try resepi ni...permintaan en.hasben..dia siap google tnjuk kuih ni lagi...harap2 menjadi la
BalasPadam