Assalamualaikum semua...
Hari ini marilah kita lihat nafsu-nafsu yang ada di dalam diri kita semua agar kita dapat mengawal segala 3 nafsu yang tidak elok itu menghantui diri....dan juga terdapat satu nafsu yang baik di antara ke 4 nafsu itu mari kita lihat bersama-sama ye...info ini mama perolehi dari sumber ini...
- Nafsu anjing : Bagi bagi sikit pun dia jelir lidah, bagi makan banyak pun jelir lidah. Bermakna dalam diri kita ini tak pernah merasa cukup dengan apa yang ada. Dah ada rumah sebijik, masih lagi nak beli satu lagi rumah
- Nafsu khinzir : Suka pada benda yang kotor. Kita tahu yang makan makanan yang kotor itu tidak baik untuk diri kita tetapi tetap juga hendak memakannya. Contohnya makan ular ke, katak ke. kan masih banyak lagi yang bersih untuk dimakan.
- Nafsu syaitan : Nafsu ni tak perlulah diperkatakan lagi kerana kita tahu perangai syaitan macam mana. Suka mengajak kepada perkara yang haram, sesat dan yang tak baik tetapi syaitan hanya takut pada Allah sahaja.
- Nafsu malaikat : Nafsu inilah satu-satunya yang ada dalam diri kita untuk melawan ketiga-tiga nafsu yang tadi. Satu lawan tiga memang mustahil tetapi kalau diri kita dapat membantunya, pasti dapat mengatasi ketiga nafsu tadi. Bantulah dengan akal kita...
Sumber : Ceramah Ustaz Kazim Elias
mamamaszrull
Tiada ulasan:
Catat Ulasan