Sabtu, 4 Februari 2012

BANJIR DI SEREMBAN 2012 | BANJIR KILAT

BANJIR DI SEREMBAN 2012 | BANJIR KILAT | Banjir kilat luar biasa yang berlaku di sekitar bandar Seremban petang semalam sesuatu yang jarang berlaku. Walaupun hujan tidak sampai sejam, hampir semua kawasan di sekitar bandar ini dinaiki air.

Lebih memburukkan keadaan apabila kawasan letak kereta bawah tanah di Wisma Umno turut dipenuhi air, termasuk beberapa kampung serta perumahan di sekitar Sikamat serta Temiang. Difahamkan, operasi KTM Berhad juga tergendala berikutan landasan dipenuhi air banjir.

Seorang mangsa banjir, Ushrah Mohs Isa, 47, berkata, banjir yang sering berlaku di kawasan rumahnya adalah perkara biasa. Menurutnya, setiap kali hujan lebat, pasti kawasan rumahnya di kuarters KTMB akan dinaiki air dan dipenuhi dengan tanah lumpuh.
Saya sudah biasa, malah setiap kali hujan turun saya dan anak akan bersiap sedia mengemas barang kerana tahu rumah pasti dilanda banjir.
“Walaupun saya mempunyai rumah lain di Sikamat, namun disebabkan beberapa masalah dalaman saya terpaksa juga duduk di rumah ini,” katanya.
 
 
 
 
 
abgteror.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...