Ahad, 12 Februari 2012

Ketahui Petai Boleh Menyihatkan Tubuh Badan.

Aroma petai memang terkadang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Tapi bagi sebahagian orang ianya boleh membangkitkan selera makan. Menurut kajian, petai mengandungi asid amino yang sangat bermanfaat bagi tubuh badan.

Tumbuhan yang mempunyai nama latin Parkia Speciosa ini sangat popular di negara-negara Asia Tenggara. Petai dijadikan campuran berbagai masakan kerana rasanya yang sangat khas dan dan boleh memperkaya rasa dan aroma masakan

Anda pasti sudah sedia maklum dengan sambal petai, sambal tempoyak petai atau sebarang jenis masakan yang ditambah petai, hingga kepada petai yang dibakar mahupun direbus atau di jerukan. Dengan mengambil petai, ternyata boleh membuat kulit, tulang, dan rambut kita menjadi lebih sihat mengikut kajiannya.

Menurut data World Agroforestry Centre (WAC), petai mengandungi sebatian yang disebut, cystine. Ini merupakan sebatian sulfur yang mengandungi asid amino dan sangat penting bagi pembentukan sel kulit, tulang dan rambut.

  
Cystine ini juga diperlukan dalam pembentukan glutathione, salah satu zat antioksidan yang berfungsi menghalang radikal bebas. Bagi anda yang mempunyai gangguan kadar gula darah yang tinggi, tak ada salahnya mengambil petai. Sebabnya, sebatian pada petai diketahui boleh menurunkan level kadar gula dalam darah.

Namun, pastikan anda mengambil petai ini, dengan cara tidak berlebihan. Ini adalah disebabkan beberapa kajian menyebutkan petai boleh membahayakan buah pinggang jika sekiranya diambil dengan kadar yang berlebihan..


AAP - Bukan perkara mustahil petai sekarang di jual dengan harga 4-5 keping dengan harga RM 5.00 ditempat saya 
akuanakpahang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...