Sabtu, 18 Februari 2012

Pelajar Ting 5 SMK Nasiruddin Shah Boleh Bertutur Pelbagai Bahasa Sakit Kepala Serius

BESUT - Pelajar yang mampu bertutur dalam pelbagai bahasa selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bulan lalu, dikejarkan ke Hospital Daerah Besut semalam setelah mengalami sakit kepala yang serius.

Noraini Ismail, 17, pelajar Tingkatan Lima, Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah, Alor Lintang dikatakan menangis kesakitan sambil
memegang kepalanya.

Menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, Noraini kemudiannya dirujuk ke Unit Kecemasan hospital itu lewat petang semalam.

Beliau berkata anaknya mengadu sakit kepala sebaik sahaja dia bangun dari tidur selepas waktu Asar sambil menangis.

Menurut bapanya lagi, Noraini sebelum ini pernah diserang sakit kepala tetapi tidaklah serius seperti semalam.

"Noraini nampak seolah-olah telah pulih sejak seminggu lepas dan dia tidak lagi banyak bertutur dalam bahasa ganjil seperti Korea dan Mandarin, tetapi dia kembali mengulangi bercakap bahasa-bahasa itu selepas kejadian semalam," kata Ismail. 
 Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...