Sabtu, 4 Februari 2012

Sejarah - Mimbar Rasulullah SAW

Assalamualaikum....

Kali ni akak nak citer sikit tentang MIMBAR. Kira sejarahlah ni..Tahukan apa itu mimbar. Tak apalah akak nak bagi tahu juga. Mimbar adalah tempat khatib meyampaikan khutbah. Sebelum tu, akak nak minta maaf kalau ada yang tersalah atau tersilap dalam entri ni...maklumlah sejarah-sejarah Islam ni, bukan pandai sangat, tapi itulah..kita sentiasa di suruh mencari ilmu setiap masakan. Jadi hari ni kita belajar sama-sama..


 

Pada waktu permulaan Rasulullah berkhutbah, baginda tidak berkhutbah di atas mimbar, sebaliknya baginda hanya bersandar pada sebatang pohon kurma. Keadaan demikian berpanjangan sehingga beberapa ketika. menurut riwayat  dalam sahih Al Bukhari, seorang perempuan dari golongan Ansar datang menghadap Rasulullah dan berkata,

"wahai Rasulullah, adakah Rasulullah bersetuju kalau saya buatkan sesuatu yang dapat Rasulullah gunakan untuk duduk sewaktu berkhutbah, ketahuilah bahawa saya mempunyai seorang anak lelaki yang menjadi tukang kayu."

Jawab Rasulullah, bahawa baginda bersetuju . Lalu perempuan itu membuat sebuah mimbar yang sederhana besarnya untuk baginda menggunakannya.

Menurut riwayat Al Waqidi bahawa Rasulullah mula menggunakan mimbar ketika berkhutbah ialah pada tahun ke 8 hijrah dan pada masa itu mimbar tersebut mempunyai dua anak tangga sahaja. Kemudian pada masa pemerintahan Mu'awiyah bin Abi Sufian memerintah madinah mimbar ini diperbaharui dan ditambah menjadi sembilan anak tangga. Adapun mimbar yang ada sekarang adalah hasil sumbangan Sultan Murad Al Othmani yang ketiga pada tahun 998 Hijrah.

Mengenai kelebihan masjid Nabawi ini melalui sabda Rasulullah yang bermaksud,

"satu sembahyang di masjidku adalah lebih baik  (afdal) daripada 1000 sembahyang di masjid lain selain masjidil haram. manakala satu sembahyang di masjidil haram pula adalah lebih baik daripada 100,000 sembahyang daripada masjid-masjid lain."

segaladisini2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...