Jumaat, 3 Februari 2012

Tip Perlu Tahu -; Sebab-Sebab Susu Badan Kurang/Kering/Tiada

Lumrah bila tak semua ibu dapat menyusukan anaknya. Ramai ibu yang niat awal nak menyusukan anak, tapi bila anak lahir, tak dapat… Dan paling mudah untuk menerangkan keadaan ni adalah – TAK ADA SUSU. 




 Paling menyedihkan bila ibu tu tak tahu apa sebabnya dia boleh tak ada susu… Jadi ini mungkin memberikan sedikit tekanan bila orang lain mampu menyusu badan. Sebenarnya, mudah kalau kita tahu sebab2nya, jadi kita boleh cari cara nak atasinya.

Antara penyebab ibu-ibu mengalami kekurangan/kekeringan/ketiadaan susu badan (tanpa mengabaikan rangsangan dari hisapan bayi & pam) semasa awal kelahiran:

  • Anemia
  • Ketidakseimbangan hormon tiroid
  • Hypopituitarism
  • Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
  • Gestational ovarian theca lutein cyst (keadaan ni sangat jarang berlaku)
  • Menghidap kencing manis & bergantung pada insulin
  • Tak cukup tisu glandular (IGT)
  • Pernah jalani pembedahan payudara
  • Plasenta tak keluar lagi/tak keluar habis
  • Sindrom Sheehan, apabila pituitari kekurangan darah disebabkan oleh pendarahan semasa melahirkan, so ia tidak menghasilkan hormon mencukupi utk laktasi.
  • Obesiti.
  • Tekanan semasa melahirkan, kehilangan darah etc.
  • Pengambilan drug Pitocin semasa proses kelahiran
  • Penggunaan pil perancang yang mengandungi estrogen dan progesteron.
  • Edema disebabkan oleh IV.
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu.
  • Pengambilan herba/jamu yang mengandungi sifat anti-laktogenik.
Jadi, ibu2 terutama yang baru bersalin kena tengok balik.. apakah mereka mengalami perkara2 di atas. Dan yang paling penting ialah SUSUKAN BAYI SEAWAL MUNGKIN.

mysuperkid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...